Ads 468x60px

Selasa, 9 Februari 2010

100 pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Setapak diserang histeria????

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila 100 pelajar asrama di Sekolah Menengah Teknik Setapak, di sini, yang sedang tidur menjerit secara tiba-tibabertempiaran lari sebelum dipercayai diserang histeria, petang semalam.

Difahamkan, kejadian itu bukanlah insiden pertama sebaliknya kejadian susulan selain jumlah pelajar yang diserang histeria terlalu ramai sehingga memeningkan pengurusan sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan pada mulanya jumlah pelajar yang terkena histeria dalam bilangan kecil namun mula merebak lebih besar dalam tempoh tidak sampai 20 minit.

Pelajar, Farah Aida Yahya, 16, berkata kejadian itu sudah berlaku sejak malam kelmarin membabitkan beberapa pelajar tingkatan empat dan berjaya diuruskan pihak sekolah.


"Apa yang pelik kebanyakan pelajar yang sedang tidur secara tiba-tiba menjerit menyebabkan keadaan menjadi kecoh.

"Ada yang meronta tidak tentu pasal menyebabkan kami semua takut. Pada mulanya, kami nak tolong juga namun bila terlalu ramai diserang, tiada apa yang dapat dilakukan lagi," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurut Farah Aida, ibu bapa pelajar yang terbabit datang mengambil anak mereka untuk berubat.

"Keadaan mula reda kira-kira jam 5 petang apabila penghuni asrama pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Farah Aida berkata, semua penghuni asrama tertanya-tanya mengenai status sesi persekolahan sama ada akan diteruskan ataupun tidak kerana sekolah tidak mengeluarkan sebarang notis berhubung kejadian itu.


Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Ain, 17, berkata kejadian histeria itu paling besar sejak setahun lalu kerana membabitkan ratusan pelajar dalam satu masa.

"Kejadian histeria sudah beberapa kali berlaku sebelum ini namun hanya membabitkan beberapa pelajar dan boleh diredakan dalam masa yang singkat.

"Namun, kali ini keadaan menjadi huru-hara kerana ia membabitkan ratusan pelajar sehingga sukar dikawal," katanya.

Sementara itu, ibu pelajar, Siti Hayati Ismail, 33, berkata selepas mendapat panggilan daripada rakan anaknya mengenai kejadian itu, dia terus bergegas ke sekolah untuk membawa anaknya pulang ke rumah.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang menghubungi pihak pengurusan sekolah terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu gagal.


sumber: metro harian

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text