Ads 468x60px

Rabu, 20 Januari 2010

SENARAI TOP 5 ABPBH 2009!!

1. Penyanyi Lelaki Popular

1. Adam(boleh menang dengan semangat peminat FC adam)
2. Akim(boleh menang dengan semangat peminat FC akim)
3. Aizat(ada harapan dengan kemenangan AJL 24)
4. Faizal Tahir(ramai wanita meminati superman malaysia ini)
5. Mawi(ada harapan)

2. Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor(ada harapan untuk menang)
2. Mila(makin popular dengan lagu dia dan peminat FC mila)
3. Dato’ Siti Nurhaliza(Makin menyerlah selalu mengadakan konsert dan aktif pada tahun 2009 dan sokongan sitizoners dan peminat siti)
4. Stacy(boleh menang dengan sokong peminat Fc stacy)
5. Yuna(ada harapan dengan kemenangan tempat kedua di AJL24)

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular

1. Adam & Stacy(sokongan antara kedua peminat FC mereka)
2. Bunkface(sokongan dari peminat indie)
3. Hujan(sokongan dari peminat indie dan hujan rangers)
4. Meet Uncle Hussain & Black(ada harapan)
5. 6ixth Sense(ada harapan)

4. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz(
2. In-Team
3. Rabbani
4. Raihan
5. Saujana

5. Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz(ada peluang)
2. Afdlin Shauki(spontan dapat meraih kemenangan)
3. Farid Kamil(ada harapan dengan lakonan farid)
4. Que Haidar(boleh menang dengan kemenagan di A.Skrin 2009)
5. Zul Huzaimy(ada bakat dalam lakonan)

6. Pelakon Filem Wanita Popular

1. Diana Danielle(lawa dan berbakat ada pontensi untuk menang)
2. Lisa Surihani(lawa ada pontensi)
3. Liyana Jasmay(cute dan sangat berbakat)
4. Maya Karin(ada pontensi untuk menang dengan lakonan maya)
5. Sharifah Amani(ada pontensi untuk dalam lakonan muallaf)

7. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz(hensem ada pontensi)
2. Fahrin Ahmad(mungkin kontroversi boleh membawa kemenangan)
3. Fizz Fairuz(NUrkasih pasti boleh menang)
4. Fizo Omar(ada harapan untuk menang)
5. Remy Ishak(Nurkasih ada pontensi menang)

8. Pelakon TV Wanita Popular


1. Fasha Sandha(ada pontensi untuk menang)
2. Noorkhiriah(lakonan nya agak menarik)
3. Rozita Che Wan(ada pontensi untuk menang dan lawa)
4. Scha Alyahya(lawa dan kontroversi pasti boleh menang)
5. Tiz Zaqyah(??)

9. Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal(boleh menang dengan Ac mizal di sini)
2. Ally Iskandar(pencara yang berbakat besar)
3. Aznil Nawawi(pengacara yang berbakat besar dan pandai mengambil hati penonton)
4. Faizal Ismail(berbakat dan pontensi)
5. Nabil(popular dan mungkin akan menang)

10. Pengacara TV Wanita Popular

1. Cheryl Samad(berbakat dalam pengacara)
2. Fara Fauzana(popular dan berbakat dalam melodi)
3. Nurul Shuhada(ada pontensi)
4. Raja Azura(mungkin menang dengan Ewah -Ewah)
5. Sarimah Ibrahim(ada pontensi untuk menang)

11. Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG(berbakat dalam Hotfm)
2. Aznil Nawawi(mungkin menang dengan slot pagi bersama aznil)
3. Din Beramboi(spontan itu pasti ada pontensi)
4. Faizal Ismail(sangat menyerlah dalam hotfm and crew)
5. Kieran(popular dalam era dan roda impian)

12. Pengacara Radio Wanita Popular

1. Abby Fana(berbakat dalam pengacara MHI dan sinar fm)
2. Fara Fauzana(dalam melodi dan hotfm dan popular)
3. Nana(popular di era)
4. Linda Onn(nasi ayam linda on sangat laris dan popular di era)
5. Sharifah Aleya(berbakat dalam hotfm)

13. Artis Komedi Lelaki Popular


1. AC Mizal(Mungkin disebab kan acddisini??)
2. Afdlin Shauki(mungkin dengan spontan boleh menang)
3. Nabil(popular dan lawak)
4. Saiful Apek(popular dan lawa si sifu)
5. Zizan(telakar dan geli hati)

14. Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah(mungkin masih popular)
2. Didie Alias(gelagat geli hati mencuit hati)
3. Kenchana Dewi(gelagat yang kucar kacir dan lawak)
4. Noorkhiriah(gelagat melatah menjadi2 dan telakar)
5. Nik Sayyidah(lawak lawak)

15. Artis Baru Lelaki Popular

1. Akim(bengang popular di radio)
2. Aril(lagu semakin meletup2)
3. Black(lagu makin meletop dan Kemanagan Vokal terbaik di AJL24)
4. Gambit(popular)
5. Hafiz(masih jelas popular)

16. Artis Baru Wanita Popular

1. Dira Abu Zahar(lakonan sangat menjadi)
2. Isma(nyanyian mungkin diterima dan peminat fc)
3. Putri Mardiana(lakonan menarik)
4. Tiz Zaqyah(?)
5. Yuna(makin popular dengan gaya yang tersendiri dan peminat indie)

17.BINTANG PALING POPULAR 2009??

-Nabil
-Mawi
-Dato Sitinurhaliza
-Satcy
-Yuna
-FaraFauzana
-Bunkface
-Aznil
-Hujan
-Remy Ishak

Anda rase siapa??jalankan tanggung jawab anda untuk mengundi artis kesayangan anda...
Undi melalui SMS mula diperkenalkan tiada alasan untuk mengundi artis kesayangan anda..ayuh semua gerak gempur!!!

Isnin, 11 Januari 2010

AIZAT JUARA DALAM ANUGERAH JUARA LAGU KE-24!!


KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2010: Acara kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) sememangnya menjadi satu malam terindah dalam hidup bekas pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Muhammad Aizat Amdan atau Aizat, 20, apabila lagunya, Pergi, menjuarai pertandingan berprestij itu yang berakhir dengan gah di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi.


Lagu yang cukup indah hasil karya Pete Teo itu berjaya merangkul hadiah utama iaitu wang tunai RM35,000 berserta trofi. Aizat sendiri mencatat sejarah peribadi apabila turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku ciptaan beliau sendiri. Ternyata idea kreatif untuk membuat persembahan bersama sekumpulan murid sekolah membuahkan hasil lumayan apabila merangkul RM10,000 lagi untuk kategori itu.

Kekuatan lagu Pergi boleh dianggap sesuatu yang istimewa kerana ia menonjolkan konsep persembahan bercorak 1Malaysia daripada Aizat sambil menyelitkan satu tribute kepada pemimpin negara serta anak seni yang telah pergi buat selama-lamanya iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Dato' Sudirman dan Yasmin Ahmad.



Penyertaan pertama Yunalis Zarai atau Yuna di AJL24 juga turut menjadi kenangan manis buat pelajar jurusan undang-undang di UiTM, Shah Alam itu kerana telah memenangi tempat kedua menerusi lagu Dan Sebenarnya hasil ciptaan beliau sendiri bersama Paan, Efry dan Adil. Yuna membawa pulang wang tunai RM15,000 bersama trofi.

Manakala nama yang tidak asing lagi dalam AJL, Faizal Tahir yang muncul bertongkat, tidak kurang membanggakan apabila lagu nyanyian beliau, Bencinta merangkul tempat ketiga. Faizal membawa pulang wang tunai RM12,000 bersama trofi. Bencinta dicipta oleh Audi Mok dengan lirik oleh Faizal sendiri.

Satu lagi anugerah iaitu Vokal Terbaik dimenangi oleh Hanifah Md Hanafiah, 22, atau pun Black menerusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu. Juara Mentor 3 ini meraih wang tunai RM10,000 dan trofi.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang diiringi isteri Datin Seri Utama Masnah Rais serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan.

AJL24 yang dilaporkan menelan kos produksi kira-kira RM2 juta itu telah dihoskanFaizal Ismail oleh , Ally Iskandar dan Cheryl Samad. Ia turut menampilkan muzik yang dimainkan oleh mini orkestra pimpinan Ramli MS.

Apa yang nyata malam tadi, kesemua artis memberikan persembahan terbaik masing-masing terutama Bunkface, Alyah, Akim, Stacy dan Hafiz. Tidak ketinggalan beraksi adalah Tomok, Hujan dan Estranged.

Suasana di Stadium Putra begitu meriah sekali apabila dibanjiri dengan puluhan ribu peminat yang datang sejak lewat petang. Penonton turut teruja apabila kumpulan Search muncul pada segmen selingan dengan mendendangkan lagu hit 80-an, Pawana dan Fantasia Bulan Madu.

JNFO FROM MURAI.COM..THANKS..

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text