Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Oktober 2009

Ayah tegur Becca jangan seksi!!






SIAPA Rabecca Nur Islam? Kenapa tiba-tiba nama gadis ini meletup-letup dalam industri. Kisah dia menunggu lamaran kekasih yang 18 tahun lebih tua daripadanya untuk berkahwin disiarkan hampir setiap hari kebelakangan ini.
Sebelum ini, gadis yang mempunyai seorang anak angkat yang kini berusia tiga tahun, Nur Adam Daniel ini juga sudah menarik perhatian khalayak dengan imej seksinya.
Itu sahajakah nilai seorang pelakon baru bagi diri Rabecca - menjaja hal peribadi?
Saya dijemput ke kediaman keduanya di sebuah kondominium mewah di ibu kota Kuala Lumpur. Duduk berbicara dengan anak Johor yang baru menginjak usia 23 tahun ini, banyak yang dikongsinya.
Senang dipanggil Becca, gadis tinggi lampai ini mula membuka lembaran cerita tentang siapa dirinya dan misinya dalam kerjaya. Bicara kami tengah hari itu mengelak untuk bercakap tentang cinta.
"Tak payah cakap tentang awak nak kahwin la ya. Muak," kata saya dan disambut Becca: "Yalah, saya pun tak mahu. Bila media tanya saya jawab. Kalau tak tanya, saya tak kata apa. Saya pun bukan nak kahwin tahun ini."


BECCA sedar ramai yang tidak senang dengan penampilan dirinya selama ini.


Sementara mengenai isu seksi, dengan berani gadis ini mempersetankan nista khalayak.
Bicaranya: "Saya tahu ramai yang kurang senang dengan penampilan saya. Ayah juga ada menegur, jangan terlalu seksi. Jujurnya saya tak rasa saya seksi, tapi rasa cantik.
"Yang penting, saya tidak mahu terperangkap dalam dunia 'plastik' hanya untuk menyenangkan hati orang.
"Saya memang suka kelihatan cantik dan rasa semasa muda inilah masanya kalau saya nak berfesyen pun. Tiba masanya kelak, saya pun akan berubah. Tapi buat masa sekarang saya selesa begini."
Kami panjangkan bicara berkongsi kisah perjalanan hidupnya sehingga mampu mencipta nama dalam industri. Anak ketujuh daripada lapan beradik ini memberitahu minat yang mendalam telah membawa dirinya tumbuh mekar sebagai seorang pelakon.
Dikawal lima abang
Umur 15 tahun menjadi kunci kehidupannya berubah. Pada usia itu dia sudah mula aktif sebagai pelakon teater. Dalam masa yang sama, dia mengumpul duit poket sendiri melalui kerja sambilan.
"Saya sudah biasa susah dan buat macam-macam kerja sebelum ini. Saya pernah kerja kedai Bata, jadi jurujual jualan langsung dan jual insurans," tuturnya mengimbas awal perjalanan hidupnya.
Tanpa berselindung, Becca mengakui dirinya bukan seorang gadis yang minat belajar. Malah kerana sering dikawal ketat oleh lima abangnya sewaktu zaman persekolahan, dia juga menjadi lebih berhati-hati.


ANAK angkat yang kini berusia tiga tahun, Adam, disifatkan sebagai nyawanya.


Hanya selepas habis persekolahan, baru panjang langkahnya untuk serius dalam bidang seni.
"Saya suka semua jenis seni termasuk lakonan, nyanyian, tarian, lukisan dan sebagainya. Sebab itu sewaktu pertama kali dapat tawaran berlakon pada usia 18 tahun, saya tak toleh ke belakang lagi.
"Saya pergi uji bakat dan berjaya menjadi heroin dalam drama arahan Datuk Rahim Razali, Korban Sakina," ujarnya yang selepas itu baru menyertai pertandingan Dewi Remaja hingga menjadi lebih terkenal kemudian.
Sejak itu dia mula membina profil sebagai pelakon. Satu demi satu drama, antaranya Gerak Khas, Sutera Maya, Gadis Kosmo serta teater Sirah Junjungan menaikkan lagi namanya. Kini sedang hangat di tayangkan, Legasi 43 Karat, dalam masa yang sama Becca rancak menjalani penggambaran drama Jangan Tegur Lagi.
"Saya jenis orang yang kuat bekerja. Saya tidak akan main-main bila mula bekerja. Jadi apabila masuk industri ini, saya tak anggap berlakon itu sukar. Asalkan kita berusaha menjadi lebih baik, semuanya akan berjalan lancar," tegasnya optimis.
Atas alasan itu dia tidak berani mengambil lebih daripada satu tugasan sewaktu sedang melunaskan tugas yang ada. Misalnya untuk penggambaran Jangan Tegur Lagi, selaku pemain watak utama bernama Natasha, Becca mempersiapkan dirinya dengan mentafsir skrip sebaik mungkin selain tidak terlibat dengan agenda lain.
"Saya mahu fokus pada satu tugasan agar kualiti saya sentiasa terjaga. Lagipun ini pertama kali saya bermain dalam cerita seram dan watak Natasha memang mencabar.
"Jadi saya banyak menonton filem seram seperti Eyes dan mendalami skrip agar watak ini memberi kesan seperti yang dikehendaki," ucapnya.
Belajar memperbaiki dirinya setiap hari dan kuat bekerja, maka tidak hairan kalau dia berjaya merangkul kemewahan.
Bukan kaki kikis
Saya asak Becca dengan soalan nakal kalau kemewahan yang dimilikinya kini adalah hasil pemberian orang lain - lelaki tua atau kekasihnya si duda kaya.
Seperti kebanyakan artis lain, dia juga disalut pakaian berjenama, memandu kereta mewah dan tinggal di kondominium mewah. Sedangkan daripada mata kasar, Becca bukan pelakon kelas A atau sudah berlakon ratusan drama mahupun filem yang membolehkan dia hidup mewah dalam sekelip mata.
Tapi tegas gadis ini menafikan dakwaan nakal itu. Semua yang diperoleh hari ini adalah hasil titik peluh dia menabung duit sejak usia remaja.
Kemewahan pada definisi Becca adalah kasih sayang ahli keluarganya. Bukan material seperti yang didakwa.
Ujarnya serius: "Tak ada lelaki yang bela atau tawarkan kemewahan kepada saya. Saya pun tak rasa saya mewah. Tapi saya mengaku saya mewah kasih sayang keluarga. Kemewahan saya adalah keluarga saya."
Dia kemudian memberitahu mengapa tidak ada yang bertanya betapa susah hidupnya dahulu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Tidak mempunyai kereta, turun naik kenderaan awam dan menumpang, semuanya telah dirasai.




Tetapi apabila selepas lapan tahun bergelumang dengan kesusahan dan kehidupannya mula bersinar terang, banyak mata yang memandang.
Tambahnya, sebagai orang perempuan, dia tidak mahu terlalu bergantung pada lelaki. Apa lagi mengikis duit lelaki. "Jadi orang perempuan harus bijak. Harus ada duit sendiri dan bekerja untuk masa depan yang lebih baik.
"Bayangkan kalau kita terlalu bergantung kepada lelaki dan kemudian mereka lari, apa yang tinggal untuk kita? Wanita moden harus punya kerjaya dan hidup dengan duit sendiri."
Ditanya di mana dia melihat dirinya pada masa depan, pantas Becca memberitahu dia tidak akan meninggalkan dunia seni walaupun sudah berkahwin kelak.
Dunia seni bagi gadis ini adalah hal terbaik dalam hidup yang pernah dia perolehi. "Jika berpandukan misi saya sekarang, saya nak jadi seorang anak seni yang versatil.
"Jadi kalau nak cakap pasal masa depan, saya akan kekal di sini kalau bukan sebagai pelakon, mungkin sebagai penerbit. Saya mahu jadi seperti Datin Ziela Jalil."



*Bagus r bapak tegur pasal anak dia, nama memang solehah tapi pakai baju seksi lak tu..ish3x apa nak jadi lah gan rebecca ni.. aku harap dia berubah lah perangai dia tu...
thanks kosmo kerana siarkan pasal rebecca yan lawa ni..hehhee

Isnin, 18 Ogos 2008

ASAL FILIPINA??KUTUK PENYANYI MALAYSIA!!

Dato’ Siti Nurhaliza dikutuk Orang Filipina?

Di laman video Youtube, ada satu video rakaman Siti Nurhaliza menyanyikan lagu When You Tell Me That You Love Me yang membandingkan nyanyian Siti dengan seorang bintang kecil daripada Filipina bernama Charice berusia 12 tahun ketika itu. Sekarang budak tu dah besar dan pernah mendapat perhatian dunia termasuk dijemput ke program-program tv di Hollywood. Budiey sudah mendengar kedua-dua persembahan dan Siti dan Charice memang mantap habis dengan gaya mereka tersendiri. Cuma suara halus Charice nampak lebih out standing masa tu sebab dia kan masih kecil, jadi suara pun memang halus. Sila tonton klip video Charice masa dah besar.. Namun, harus diingat juga Datuk Siti Nurhaliza mempersembahkan nyanyian di sebuah majlis berbanding Charice yang mempersembahkannya di satu pertandingan realiti TV di Filipina. Pastinya, latihan begitu cukup di samping bakatnya yang sedia ada.
Apa yang Budiey rasa hairan dan kesal adalah segelintir orang Filipina telah mengutuk kebolehan Siti Nurhaliza sehingga menyentuh sensitiviti orang Malaysia. Malah lebih dari itu, mereka terang-terangan mengutuk ekonomi dan hal ehwal negara Malaysia. Nampaknya, orang Filipina perlu memahami dan mengkaji lebih jauh sejarah dan epistemologi budaya mereka dan jiwa sensitiviti orang Malaysia. Macamlah bakat diorang tu bagus sangat! Perasan bagus. Apa kejadah nya semua ni? Komen anda?
p/s: kenapa dengan orang filipina???sampai nak kutuk penyanyi malaysia hingga menyentuh isu2 sensitif??angin xada,ribut xada??orang filipina dah tunjuk taring..hye orang filipina orang xkacau periuk nasi korang,korang lak xbg salam tiba Kutuk2 Penyanyi Malaysia??apa dah bagus sangat ke penyanyi Filipina tu??Fadz pun tahu bukan sitinurhaliza je dorang kutuk malah semua artis malaysia yang hebat2 dorang kutuk abis bukan penyanyi malah isu Politik Ekonomi di Malysia pun dorang Kutuk...Melampau orang filipina ni ek??xperlah lantak dorang lah dorang lom tahu langit tinggi rendah..huh!!
wassup3x....

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text