Ads 468x60px

Isnin, 12 Ogos 2013

Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza Esklusif bersama Orkestra Tradisonal Malaysia

KONSERT TRADISIONAL TERBESAR!!!
SITI NURHALIZA 2013

Siti Nurhaliza with Orkestra Tradisional Malaysia (OTM)

Assalammualaikum...
Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza merupakan sebuah konsert sepenuhnya yang mempersembahkan muzik/lagu tradisional dengan diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Persembahan konsert yang dinamakan Konsert Lentera Timur yang membawa maksud cahaya timur yang digarapkan dalam 1suara, 1impian dan 1malaysia dengan penampilan tidak kurang dari 40 orang pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta kepelbagaian instrumen muzik antaranya rebab, serunai, gambus, sape, perkusi, gaohu, zhonghu, sauna, dizi, erhu dan sitar. Lagu-lagu yang disampaikan adalah mencakupi elemen muzik 1malaysia dimana lagu-lagu ini juga akan digubah dalam bentuk lebih harmoni.
Gubahan ini bakal menjadikan konsert ini lebih hebat dan dikenang penonton. gabungan di antara Dato' Siti Nurhaliza dan OTM ini bukan sahaja diharap menarik minat audiens melayu tetapi peminat-peminat muzik pelbagai kaum.
Konsert yang berlangsung selama 2 jam ini akan menampilkan Dato' Siti Nurhaliza menyampaikan hampir kesemua genre muzik/irama tradisonal bagi menepati konsep persembahan lagu-lagu tradisional.
Sebuah persembahan konsert yang menampilkan muzik/irama tradisional seperti asli, joget, zapin, keroncong, masri, dikir, makyong, lagu-lagu rakyat dan pelbagai lagi. konsep yang diketengahkan adalah `konsert dan muzikal'.
Ini bertujuan untuk mewarnai corak persembahan Dato' siti Nurhaliza. gaya persembahan ala konsert-di mana Dato' Siti Nurhaliza akan menyanyi dan berinteraksi bersama penonton. Berbeza pula dengan muzikal-di mana segmen ini telah dibuat jalan cerita berdasarkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan. Dato' Siti Nurhaliza hanya menyanyi dan melakonkan sedikit watak-watak di dalam lagu tersebut. Konsep muzikal ini dibuat lebih dari satu segmen.
Bagi memberikan kelainan dalam konsert ini, Dato' Siti Nurhaliza diberi cabaran untuk mempersembahkan mak yong dan dikir barat. selain itu beliau akan bermain alat muzik percussion. Dato' Siti Nurhaliza dijangka akan digabungkan dengan penyanyi dikir barat terkemuka dari kelantan dan juga penggiat mak yong terkenal. ini merupakan elemen menarik di mana Dato' siti tidak pernah mempersembahkannya di mana-mana konsert/persembahan beliau sebelum ini.

Plan Seating/Harga Tiket
  Istana Budaya 

Plan Seating Konsert Siti Nurhaliza
3Hari Berturut Diadakan!


Selamat Berhibur!!!

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text