Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan

Khamis, 6 Oktober 2011

Mandi Wajib kena Betul dan Sah!




Cara Mandi wajib Yang Betul dan Sah! =)

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukanya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukan dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi mebolehkan seseorang itu meratakan air seluruh badan yang zahir..

Penolong pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan kemajuan Islam malaysia (JAKIM), ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan bagaimanapun berdasarkan pengalamanya sebagai bekas kadi di pejabat Agama Islam gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi Wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. jika tidak mandi wajib seseorang itu Tidak SAH!.

Rukun mandi Wajib ada 3 perkara:-

Pertama: Niat

Kedua : menghilangkan Najis pada Badan

Ketiga: Meratakan Air ke seluruh anggota badan yang zahir

Niat mandi Wajib "SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA" atau "SAHAJA AKU MANDI WAJIB KERANA ALLAH TAALA".

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: " SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS HAID KERANA ALLAH TAALA". Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: " SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS NIFAS KERANA ALLAH TAALA".




Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu 



MANDI WAJIB YANG TIDAK SAH!!


Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut imam Nawawi, jika kita ada Najis di badan, Najis itu boleh dibasuhserentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Ahad, 14 Februari 2010

FATWA ISLAM LARANG PEMGIMBAS BOGEL???

GAMBAR menunjukkan salah satu pengimbas yang terdapat di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 2 Februari lalu.



Di Wagshington fatwa Islam Amerika Syarikat baru-baru ni melarangkan umat Islam menjalani pemeriksaan pengimbas bogel di lapangan terbang baru - baru ini..yang di laporkan oleh sebuah akhbar..


Larangan di sebabkan satu pelanggaran jelas ajaran islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain yang di perkatakan oleh fatwa Amerika tersebut.


Larangan itu merupakan tamparan hebat berhubung penggunaan mesin X-ray yang ditempatkan di Lapangan Terbang Heathrow dan Manchester, Britain.


Mesin pengimbas itu digunakan untuk kebaikan negara itu kerana khuatir dengan penganas yang disyak wak sangka mebawa bom dalam senyap-senyap.. tetapi pihak Agensi amerika akan menggunkan kaedah lain untuk memastikan keselamatan Amerika Syarikat terjamin...

Rabu, 18 Mac 2009

Sirah Junjungan Tahajud Cinta: Perubahan sedikit tetapi bermakna


Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Ketika menyanyikan lagu selawat beramai-ramai, Siti tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata. Namun, Siti masih bijak mengawal perasaannya. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
TIADA banyak perubahan ketara yang dilakukan di dalam teater Muzikal Islam ‘Sirah Junjungan’ yang dipentaskan buat kali kedua mulai semalam, 9 Mac hingga 22 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Selain tajuknya yang ditambah ‘Tahajud Cinta’, pengarahnya, Eirma Fatima atau sebelum ini dikenali sebagai Erma Fatima membuat perubahan dari segi latar set, props, beberapa orang pelakon, dan pertambahan penyanyi latar.
Jika dahulu, hanya penyanyi Jamal Abdillah, Al-Fahmy, Tuty dan Salleh dari kumpulan Brothers yang menyinari muzikal tersebut.
Kali ini, masih mengekalkan Jamal, Eirma turut menjemput beberapa penyanyi popular seperti Amy Search, Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi.
Penyanyi-penyanyi ini akan melakukan persembahan nyanyian mengikut giliran iaitu Jamal mulai semalam hingga 14 Mac, Siti (18-20 Mac), Mawi (21 Mac) manakala Amy (22 Mac).
Mereka mendendangkan lapan buah lagu iaitu Asmaul Husna, Nabi Anak Yatim, Ya Rasulullah Salamun ‘Alaik, Tala Al Badru, Labaikallah, Solla ‘Alaikallah, Ya Rasulullah dan selawat.
Ketika menonton persembahan pertama semalam, Jamal dan Salleh Brothers bergilir-gilir mendendangkan lagu. Siti juga dijemput menyanyikan lagu Nabi Anak Yatim.
Antara babak dalam pementasan ‘Sirah Junjungan’ yang dipentaskan baru-baru ini.
Ketika menyanyikan lagu selawat beramai-ramai, Siti tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata. Namun, Siti masih bijak mengawal perasaannya.
Dari segi latar set, pembaharuan yang dilakukan lebih menarik dan sedap mata memandang.
Props yang lebih meriah juga banyak membantu pelakon dan penonton untuk menghayati dan menggambarkan seolah-olah mereka berada di zaman Rasulullah S.A.W.
Misalnya, di awal pembukaannya, props lampu bulat dan besar digunakan sebagai simbolik cahaya yang menyinari umat manusia selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Selain itu, rumah Khadijah juga kelihatan cantik berbanding dahulu.
Visual yang dipaparkan menerusi layar skrin juga membantu penghayatan cerita. Misalnya visual tentera Abrahah dan tentera Quraisy yang berbalah dan simbolik Allah mendatangkan burung-burung Arbabil yang menyerang dan menghancurkan tentera Abrahah dengan membaling batu-batu ke arah mereka.
Permainan warna juga membantu memberikan gambaran yang membolehkan penonton berfikir dan membuat perbandingan antara satu babak ke satu babak
Suara lunak Jamal turut menghiburkan penonton yang hadir pada pementasan ‘Sirah Junjungan.’
Misalnya, warna hijau mewakili tentera Islam manakala warna merah melambangkan tentera Umaiyah Khalaf. Warna tersebut juga digunakan untuk menunjukkan syaitan.
Dengan bantuan muzik orkestra yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan, kesan bunyi dan lagu-lagu dapat disampaikan dengan baik dan ‘menyegarkan’.
Beberapa pelakon juga telah ditukar seperti Vanida Imran yang menggantikan watak isteri Rasulullah, Siti Khadijah Khuwailid lakonan Norish Karman, Rabecca Nur Islam melakonkan watak Hendon yang sebelum ini dibawa oleh Ellie Suriati dan Syukor yang melakonkan watak Saidina Ali yang pernah dipegang oleh Azri Iskandar.
Sementara pelakon lain dikekalkan iaitu Mazlan Tahir sebagai pencerita dan suara latar Muhammad, Ahmad Yatim (Abu Talib), Rosdeen Suboh atau Kudin (Maisarah), Sahronizam Noor (Hamzah/ Sawadah), Aman Graseka (Usman), Yus Waisar (Abu Bakar), Wong Sip Nen (Umaiyah Khalaf), Lakshman (Talha/ Abu Lahab), Jeganathan (Nabih/ Abu Sofyan), Jesse Lim (Najdi/ Abhrahah/ Washi), Norsiah Yatim (Fatimah), Abu Bakar (Ayah/ Abu Al-Bakhtari) dan Taiyuddin Bakar (Bilal).
Dianggarkan kira-kira 250 orang pelakon yang digunakan untuk menghidupkan muzikal terbitan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia ini.
Para pelakon turut terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) termasuk artis budaya Istana Budaya.
Dianggarkan kira-kira 250 orang pelakon yang digunakan untuk menghidupkan muzikal terbitan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia ini.
Pelbagai babak menarik yang penulis boleh kongsikan. Antaranya adalah peristiwa hijrah dari Mekah ke Yathrib (Madinah) selepas sejam setengah pementasan berlangsung.
Selain itu, lakonan Taiyuddin Bakar sebagai Bilal bin Rabah yang direjam dengan batu besar kerana tunduk kepada Allah S.W.T. Taiyuddin memang berhak dipuji kerana menghasilkan lakonan yang meninggalkan kesan.
Begitu juga watak Umaiyah Khalaf yang dilakonkan oleh Wong Sip Nen. Lakshman juga sekali lagi berjaya membawa watak Talha dan Abu Lahab yang kejam dengan baik.
Props lampu bulat dan besar digunakan sebagai simbolik cahaya yang menyinari umat manusia selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Babak semasa Hendon (Rabecca) mengamuk selepas kematian bapanya lalu membunuh dan mengunyah jantung Saidina Hamzah sebagai membalas dendam turut menarik perhatian penonton.
Jika pementasan yang pertama pada tahun lalu, Ellie mengaku dia memakan hati mentah seperti yang diarahkan oleh pengarah.
Namun, kali ini Rabecca memaklumkan yang dia hanya diberikan bantal kecil bagi menggantikan hati mentah.
Sirah Junjungan bermula dengan memaparkan sejarah kehidupan bangsa Arab Quraisy yang begitu taksub menyembah berhala dengan perilaku yang amat rendah.
Dalam muzikal ini, turut dipaparkan bagaimana mereka amat bongkak mengharungi kehidupan, menyeksa hamba-hamba abdi dan wanita serta menjadikan wanita pemuas nafsu.
Pada saat kelahiran Muhammad, turut dihambarkan tangisannya telah menggegarkan seluruh Kota Mekah lalu menumbangkan semua berhala yang mengelilingi Kaabah.
Selain itu, babak kisah Muhammad yang disampaikan oleh Maisarah mula menambat hati Khadijah dan akhirnya dijodohkan turut diceritakan dalam muzikal ini.
Paling menyentuh hati, apabila babak terakhir ketika baginda wafat yang membuatkan ramai penonton yang menitiskan air mata.
Begitulah fitrah manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Pemiliknya. Rasulullah pergi buat selama-lamanya menemui yang amat dicintainya.
Apa yang tercatat didalam poster Sirah Junjungan boleh direnung bersama:Ketika Islam dicabar..Rasulullah S.A.W dihina. Bangkitlah wahai umat Muhammad demi mempertahankan akidah dan kebenaran yang diyakini.
Saksikan teater Muzikal Islam Sirah Junjungan Tahajud Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 9 hingga 22 Mac.
Tiket pada harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 juga boleh didapati dengan menghubungi 03-4026 5558.
sumber: mStar online & Blog Camille...

Selasa, 17 Mac 2009

Ukhwah Ke Peringkat Global !!!

KUALA LUMPUR - Koperasi Pendidikan Islam Malaysia (UKHWAH) mula mengembangkan aktivitinya ke peringkat global dengan menjadikan kota-kota terkemuka dunia sebagai peluang pelaburan dalam jangka masa lima tahun.

Menurut pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut, pihaknya sedang mengintai peluang di beberapa buah tempat terutamanya di Mekah, Madinah, London dan Australia dengan mensasarkan pemilikan hartanah bernilai RM300 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Untuk masa terdekat UKHWAH dijangka akan membeli sebuah bangunan terletak di kota London bernilai empat juta pound sterling. Di samping itu kami merancang membeli bangunan di Kota Mekah dan Madinah untuk kegunaan umat Islam menunaikan ibadah umrah dan haji,” katanya, ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Galeri Hartanah UKHWAH di Kuala Lumpur baru-baru ini. Berkenaan Galeri Hartanah UKHWAH, bangunan setinggi lima tingkat yang terletak di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur itu merupakan hartanah terbaru milik UKHWAH bernilai RM2.7 juta yang dibeli secara tunai.

UKHWAH yang ditubuhkan sejak 11 tahun lalu, kini memiliki pelbagai hartanah termasuk jenis komersial, kediaman dan industri bernilai RM120 juta di beberapa lokasi antaranya di Taman Titiwangsa, Denai Alam, Shah Alam, Plaza Damas, Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Permaisuri. Terbaru, UKHWAH membeli 24 buah banglo tiga tingkat bernilai RM2.8 juta seunit di Sri Hartamas.

Bagi memastikan aktiviti hartanah dalam negara dapat dikembangkan, UKHWAH giat berusaha untuk membeli beberapa lokasi strategik seperti di sekitar KLCC, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Iskandar Malaysia. Menurut Mustapa, pelaburan yang dibuat oleh UKHWAH sekali gus membuka jalan kepada Bumiputera menceburi bidang hartanah tambahan pula UKHWAH merupakan koperasi tunggal di Kuala Lumpur memiliki hartanah dengan nilai besar.

“Peluang pelaburan ini terbuka kepada semua individu dan badan-badan pertubuhan dengan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM1,000 hingga RM50,000. Sebagai permulaan, UKHWAH menawarkan pulangan lima peratus setahun daripada jumlah pelaburan.

"Kami sedia menawarkan pengalaman dan kepakaran kepada mana-mana koperasi yang berminat,’’ katanya, sambil menambah pelaburan yang dibuat oleh UKHWAH itu bertepatan dengan Dasar Ekonomi Baru yang mensasarkan pemilikan 30 peratus pemilikan aset hartanah di kalangan Bumiputera.

Jelas Mustapa lagi, tidak mustahil bagi Bumiputera untuk menguasai bidang hartanah sekiranya ada koperasi yang lebih besar seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) turut serta dalam aktiviti pelaburan sedemikian.

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text