Ads 468x60px

Khamis, 19 Mac 2009

Terima Kasih SitiZoners..

Written by Siti Nurhaliza
Thursday, 19 March 2009 12:19

Siti NurhalizaAssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini. Semoga semuanya sihat dan gembira selalu. Kepada semua peminat Siti yang telah memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM, Siti berharap agar semua berjaya dan dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Gunakan masa dan peluang yang ada untuk membina kerjaya terbaik bagi masa hadapan.

Pertama sekali Siti mohon lambat kerana sudah lama tidak menulis di sini. Justeru Siti mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas ucapan takziah, nasihat, sokongan dan juga kedatangan peminat-peminat Siti ke rumah sewaktu majlis tahlil arwah bapa Siti lebih sebulan yang lalu. Walaupun pemergian arwah secara mengejut begitu menyedihkan hati Siti tapi sebagai anak dan hambaNya, Siti redha dan berdoa agar arwah tergolong dalam golongan orang yang beriman. Agak lama Siti memberhentikan kegiatan seni Siti, hampir 40 hari namun Siti tetap melaksanakan beberapa tugas yang dipersetujui terutamanya sempena Maulidurrasul.

Siti juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang datang menonton Konsert Sinar Maulidurrasul di Stadium Melawati Shah Alam bulan lalu dan juga Sirah Junjungan yang bermula 18-20 Mac. InsyaAllah apa saja yang kita lakukan denga niat murni dan ikhlas, Allah Maha Mengetahui dan moga dengan majlis seumpama ini kita smeua dapat keberkatan daripadaNya.

1 April ini genaplah 14 tahun Siti dalam bidang seni dan aktiviti seni Siti juga akan bermula seperti biasa. Sudah banyak acara yang dipersetujui, InsyaAllah Siti akan laksanakan dengan baik. Jika ada persembahan Siti nanti, jangan lupa datang dan Siti harap dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada anda semua selepas berehat.

InsyaAllah semua perkembangan terbaru akan Siti umumkan di laman ini dan mengenai konsert amal Siti yang tertulis di media pada April ini, Siti menangguhkannya ke pertengahan tahun ini supaya persiapan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

Kepada yang sedang mengundi Siti di ABP, Siti mengucapkan terima kasih di atas susah payah anda. Semuanya bergantung kepada rezeki tetapi jangan lupa datang ke ABP nanti kerana Siti akan membuat persembahan.

Oh Ya! Video klip Cinta Ini sudahpun mula ditayangkan di kaca televisyen dan penghujung bulan ini juga Siti akan menjalani penggambaran video klip untuk lagu Di Taman Teman pula. Album kumpulan Coda sudah tidak lama lagi akan dipasarkan, harapan Siti agar anda juga memberi sokongan kepada mereka nanti.

Sekian sahaja catatan kali ini, terima kasih sekali lagi di atas segala kebaikan, kerjasama, nasihat, dorongan, sokongan dan sentiasa bersama-sama Siti pada saat susah dan senang.

Salam sayang...

Siti Nurhaliza

Last Updated ( Thursday, 19 March 2009 12:29 )

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text