Ads 468x60px

Jumaat, 28 Januari 2011

Dato' Siti Nurhaliza DUTA BESAR BUDAYA MELAYU Malaysia/Indonesia 2011 -HANGAT!

Siti Nurhaliza dicadang jadi Duta Besar Budaya Melayu Indonesia dan Malaysia
Siti Bakal Menjadi Duta BEsar Buat kedua-dua Negara Insyaallah


2011/01/28  copyright for berita harian-BERNAMA

BANDUNG: Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadang kalanya "panas", diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Ketua Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami), Saiful Hadi Chalid, berkata cadangan itu adalah berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.

"Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau diterima masyarakat, kerana gelar itu akan menjadi abadi," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Saiful Hadi, yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara, sebelum itu menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari itu, yang dianjurkan oleh Iswami, dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan beliau itu, Saiful Hadi berkata beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan amat berkesan untuk "mendinginkan suasana" ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkankan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan. 
"Cukup itu saja, ini akan menggugah hati orang yang hanya melihat sesuatu perkara itu dari sisi negatif," katanya.


Beliau berkata di Indonesia misalnya, ada beberapa organisasi masyarakat yang mendakwa mewakili kelompok masyarakat tertentu, akan sering mengobar-ngobarkan sentimen rakyat Indonesia dengan kata-kata seperti "ganyang Malaysia" bila ada isu-isu hangat.

"Kita tahu sebahagian daripada mereka adalah orang bayaran. Kita tahu mereka itu adalah ahli-ahli politik yang mencari pentas untuk mencari populariti.

"Orang seperti ini tidak akan boleh berbuat banyak kalau ada, katakanlah Siti Nurhaliza datang, dia menyanyi dan mengatakan buat apa gunanya kita saling bermusuhan, tidak ada apa yang untung...ini akan mendinginkan suasana," katanya.

Saiful Hadi berkata, di Indonesia, Siti Nurhaliza mempunyai ramai peminat kerana beliau dianggap ikon yang mempunyai personaliti yang amat positif.

Beliau menyamakan Siti Nurhaliza seperti Allahyarham Umi Kalthum yang berupaya menyatukan negara Arab melalui popularitinya sebagai penyanyi Arab, ketika ada beberapa negara Arab berkenaan saling bermusuhan suatu masa dulu.

"Ketika ada beberapa negara Arab sangat keras bermusuhan, antara Mesir dengan Arab Saudi, Yaman Utara dan Yaman Selatan saling bermusuhan, tapi ketika Umi Kalthum menyanyi, semua negara Arab menyiarkan siaran langsung, baik di radio mahupun di TV," katanya.

Siti Nurhaliza, yang juga kini seorang usahawan dan turut berada di sini, memberitahu Bernama bahawa beliau terharu dengan cadangan itu dan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab besar.

Katanya, cadangan itu adalah suatu pengiktirafan yang amat tinggi terhadapnya dan beliau sedia memainkan peranan itu sebagai suatu tanggungjawab terhadap kemanusiaan.

"Kita sebagai manusia diberikan keistimewaan masing-masing dan kalau itu keistimewaan yang boleh Siti kongsikan bersama dengan seluruh masyarakat nusantara, Siti melihat ke arah satu sudut yang positif," katanya. - BERNAMA





P/S: Setuju Dato'Siti Nurhaliza Menjadi IKON kepada kedua2 belah negara dan menjadi Kedamaian untuk negara indonesia dan juga Malaysia... Fadz sendiri sebagai Fans Tegar Dato Siti nurhaliza iaitu Sitizoners akui hubungan sitizoners Malaysia dengan Sitizoners indonesia sangat baik sekali dan tidak pernah Amarah sesama sendiri dan kami sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi sesama sendiri..Kami Sebagai Sitizoners dah anggap sebagai satu FAMILY yang sentiasa menyokong Dato Siti Nurhaliza Dulu kini Dan selamanya bersama-sama bukan sahaja indonesia malah dia singapore, brunei, dan lain2 negara juga sentiasa berhubung sesama sendiri...dan dibawah ni fadz akan tunjukkan bukti Sitizoners Malaysia, indonesia, singapore dan brunei bergabung :-

Waktu ni Sitizoners Malaysia , Singapore, Indonesia dan Brunei sama2 turut untuk beri sokongan padu untuk Dato siti Nurhaliza dalam ABPBH 2009 yang terakhir....

 Kempen Yang kami telah adakan selama berapa bulan bersama - sama dan akhirnya berjaya membuat hasil yang memberi kepuasan kepada kami semua dan sangat berbaloi- baloi..ALhamdulillah thanks you Allah....


Dato Siti tidak pernah lari dari senyuman sentiasa memberi senyuman yang menawan demi peminatnya Di Indonesia dan Tidak pernah berat sebelah untuk peminatnya di indonesia seperti Dato Siti melayan peminatnya di Malaysia








3 ulasan:

SheNn berkata...

Sokong sangat2x!! :))

putERi-kAtEk berkata...

waaaa.......ct!!!!

Shaofie berkata...

perrghhhhh!!! dato' ct!!!! nak jumpa dgn dato' ct gak boleh tak??

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text