Ads 468x60px

Selasa, 1 Oktober 2013

Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza (sabtu) Happening!

Konsert Lentera Timur
Sabtu
21/9/2013
Happening!


Salam hari ni nak cerita pasal Konsert Lentera Timur Siti nurhaliza di istana budaya memang best sangat!! meriah dan berwarna warni pasti akan meninggalkan kesan pada yang menonton yang tidak dapat
dilupakan, bermacam segmen yang dipertaruhkan dan gelagat yang ada pada Konsert lentera timur ni rugi siapa yang tak pergi sebab ini lah konsert menjulang warisan budaya kita semua.

Tolak dari Rumah 12pm !!!

haaa perangcangan memang nak bertolak kul 3pm tapi risau kan jalan Jam takut sesak so keluar awal lah tapi keluar awal xadalah terus pergi Istana Budaya tapi singgah makan dekat giant Cheras 


Pergi Giant makan tengah hari kannn haha bukan g shopping ok just makan My Mom Chicken Rice restoran milik Linda onn hehehe boleh tahan sedapnya 4 Star! hehehe ok lah tu kan hehehe

Rupanya Kul 2.30pm Baru bertolak ISTANA BUDAYA~

Lepas makan kenyang baru lah bertolak ke IB adoii dekat Lazer mall hingga jalan ke Viva mall jam teruk lak agak rimas lah gak kan huhuhu dengan kerja MRT yang bertahun lama akan siap huwaaaaa


sampai je dekat tokong cina KL tu baru jalan clear sikit Syukur Alhamdulilah terus berjalan dan berjalan tapi kita berjalan tapi kereta yang bergerak hihihi dalam pukul 3.45pm baru sampai ke Istana budaya seronoknya hehehe

ISTANA BUDAYA AKU DATANG

Ok sampai jugak akhirnya nasib baik semuanya ok dan dapat gak parking dekat sebelah IB xada lah jauh sangat dekat ok balik nnt xada r penat cari kereta hihi 



Ok Mood konsert lentera timur di hati dah membuak2 dah ni xsabar nak menyaksikan kan konsert malam ni weeee hati girang der hehehehe

Bersama Sitizoners datang AWAL!!


 bersama sitizoners yang hadir awal ada yang dari Sitizoners singapore bersembang lama sebab dah lama tak jumpa bila ada event siti je kita semua bersmebang hehehehe dari luar sampai ke cafe Istana budaya kami bersembang hahahahaha punyerlah lama xjumpakannn haha

Makin ramai Sitizoners Hadir awal!

Ini lah anatara Sitizoners yang hadir awal Sitizoners malaysia dan singapore bersatu weee hehehe :D


 kami bergambar bersama2 di depan poster Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza poster ni wajib ambil kenangan katanya hehehhe :D

 bergambar solo di depan poster Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza


 bersama si kecik si comel hahaha Ezwan Roslan peminat tegar Siti nurhaliza ni tau!! haha Kipas Susah mati :D

bersama perlakon yang meningkat naik siapa ek nama dia? ohh Karl Shafek  hahaha Lupa lak tapi dia tengah berlatih teater Madu Ku Kalut hehe

IKLAN hahaha

Starting 7pm tukar baju pakai hensem2


Pergi ke tempat persalinan dan siap sedia menukar pakaian yang lebih smart gitu hahaha
dah siap selesai semua apa lagi menuju ke Konsert Lentera timur lah weeee Excited giler lah time tu heheheh :D  Maklumlah konsert Tradisionla permata kot hehe
Bergambar bersama baju yang telah mencipta sejarah di London.. iaitu baju yang dipakai oleh Siti nurhaliza sewaktu membuat konsert Solo beliau di Royal Albert Hall, London Sejarah malaysia Tercipta..

Baju ni dipakai oleh Siti nurhaliza sewaktu membuat Konsert Gemilang Di Indonesia dan pada waktu konsert di Pekan Baru Suami Siti nurhaliza kemalangan Motor di New Zealands..

Baju pula dipakai oleh Siti Nurhaliza sewaktu menjayakan persembahan Khas untuk Anugerah Juara Lagu 2011 Waktu Siti nurhaliza diberi tepukan dan sorakan gemuruh oleh peminat muzik yang merindui Siti di AJL..

Baju ni dipakai oleh Siti nurhaliza sewaktu menghadiri majlis Anugerah melodi dan sekaligus menang Kategori Artis Wanita Pilihan walaupun sudah 18 tahun dalam arean muzik tetapi peminat masih memilih Siti Nurhaliza sebagai pemenang huhu 

Bersama baju Siti nurhaliza sewaktu masuk bertanding Separuh Akhir dalam AJL.. waktu ni Siti nurhaliza bertanding lagu tradisional yang berjudul "Badarsila" tarian manjenya membuat semua bersorak sakan ..

BERSAMA DESIGNER TERKENAL TANAH AIR!!
Aku bersama Rizman yang turut hadir untuk Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza rekaan baju juga dipamerkan di ruang Lobi Istana Budaya dan pada waktu konsert juga rizman ada juga rekan baju utk Siti cantik!! :) Apa2 pun tahniah! abg rizman sebab berjaya turun kan berat badan hehehe yeahhh :D

Aku bersama hattadolmat juga turut hadir ke Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza baju yang di design utk Siti juga ada dipamer di ruangan Lobi Istana Budaya :) dan Hatt juga ada design baju utk Siti waktu konsert Awesome! dan tahniah abg hatta makin hensem hehehe :D

Meet & Greet Bersama Kak SAIDA!!! 

 Rindu dengan kak saida hehe lama xnampak Alhamdulillah now kak saida dah bertudung Syukur Alhamdulillah semoga lepas ni terus berjaya InshaAllah amin jom posing2 hehehe


Kak Saida di apit oleh 5 Jejaka idaman dan 1 Wanita idaman kalbu #Sitizoners hahaha Snapp Cheesss!!! hehe

 Jejaka Idaman Istana Budaya hahahaha :P


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KAWAN2 SITIZONERS (yg sempat)

 Bersama Azhar Kent Putrajaya (Budak tuff!!) haha

 Bersama Muhd Azam (Lelaki Hot malaya) dan Khyree Singapore (DJ CTFM Comel) hahaha

Berdua bersama Muhd Azam Setiawangsa ( jejaka Bunga) hahaha

Bersama Ezmiey Pulau pinang (Jantan Mantap meleTOP) hahahahaha

Bersama abg Ameer Hot Men! dari perlis hehehe

Bersama adik Amirul Hakeem dari perak (Budak cute Malaya UITM) hahaha



PELANCARAN KONSERT LENTERA TIMUR OLEH FADZ (saje2)




Di Black karpet Istana Budaya bergambar di poster OTM ramai sgt Wartawan nak ambil gambar katanya padahal semua dok bergambar sendiri hahaha Ok SNAP! 


Alhamdulillah majlis Pelancaran konsert Lentera Timur Dirasmikan oleh aku fadzoners wkakakaka kalau korang nak tahu aku sign pakai brush shadow Simply Siti wkakaka :D


 Selepas siap sign dan pelancaran apa lagi posing depan Potret Solo Siti Nurhaliza wokeyhhhh DONE! :) Malam kul 8.30pm konsert siti bermula hahhaha :P

DALAM ISTANA BUDAYA PANGGUNG SARI..

 antara sebahagian Sitizoners yang duduk RM81 sporting habis giler hehehe

 RM111 pun ada gak Sitizoners yang disana dan juga RM 81 belah sana semua sporting merata2 tempat Sitizoners menjerit hahaha

 Alamak mcm busy je hahahahahah
ni je yang leh ambil gambar sebelom start konsert huhuhu

KONSERT BERMULA!!!

PEMBUKAAN : Medley Makyong dan Ala Donde










Konsert bermula dengan lagu Medley sedayung makyong dan Ala donde untuk membuat kejutan kepada semua penonton fokus ke pentas... Siti Nurhaliza berjaya membawa tarian makyong dengan perfect! Walau siti buat mak yong tidak lama tetapi kesungguhan yang ada pada diri siti membuat semua penonton TERUJA!! bukan mudah membawa tarian makyong nampak mudah tapi susah nak ikut :)

NIRMALA DAN KURIK KUNDI TARUHAN KEDUA




Siti nurhaliza meneruskan konsert dengan lagu tradisional kontemporari dan Evergreen iaitu Lagu Nirmala dan Kurik kundi.. Lagu Nirmala ni siti buat persembahan sama macam siti masuk AJL sangat meriah dan terbaik hehe teringat siti masuk Anugerah Juara Lagu dulu2 huhuhu tapi ada gimik sikit iaitu Siti membuat gimik meniup sumpit ke arah 3 belon tapi 2 yang berjaya di sumpit hehe ok lah tu hehe :)
 Lagu kurik kundi lagu yang dinantikan juga kerana lagu ni banyak bahasa digunakan dari seluruh negeri dan siti berjaya membawanya dengan mudah dan terhibur dengan segmen tarian perbagai tarian yang di perbagai negeri Awesome!

MEDLEY BUNGA MELOR DAN MAHLIGAI PERMATA TARUHAN KETIGA

Siti Nurhaliza mengimbas kembali sejarah dirinya.. darah seni dipeturunkan dari datuknya, Bachik Abdul Rahman sewaktu dulu menjadi seorang pemain Biola. Datuknya ada kumpulan Muzik bersama ibunya (Salmah bachik) dan ibunya juga seorang panyanyi pada ketika dulu.. Siti Nurhaliza banyak belajar tenik2 dan lenggok2 lagu melayu menerusi ibunya.. kata Siti sewaktu kanak2 dulu datuknya pernah nyanyi lagu bunga melor untuk siti ikon Budaya sekarang ni dan kini Bunga Melor siti tujukan khas utk Datuknya.. dan seterusnya lagu Mahligai permata..

LAGU MERAJUK PULAK.. (PATAH HATI , JANJI &

KAU PERGI TANPA PESAN)


Siti Nurhaliza sempat bergurau, lagu seterus ni adalah lagu yang dinyanyikan jika siti merajuk dengan Datuk k/Dato k haaa antara lagu2 kegemaranya ketika merajuk adalah Patah hati, Janji dan Kau Pergi tanpa Pesan.. Lagu Patah seribu membuat semua rasa nak menangis dengan suara dan vokal siti yang sangat mantap!! serius.. lagu janji pula macam biasa lagu berentak merajuk jugak tapi jenis fast dan unik dan akhir sekali lagu Kau Pergi tanpa pesan membuat semua tergelak bila siti kata Aduhh du du du du mem buat semua geli hati dan siti pun turut kena kan penonton hahaha yang tak leh belah waktu isey ni pakai misai Datuk k hahaha sengal ubi betol hahah



DIKIR BARAT PAHANG VS KELANTAN





Siti Nurhaliza jugak pandai berdikir barat dan menampilkan Kumpulan Dikir Akademi Arjunasukma. Wahhh ini yang ku tunggu2 sebab siti tak pernah berdikir barat kann :) Siti Nurhaliza berduet dengan dari program bintng mencari bintang yang bernama Isey Fazlisham yang berasal dari kelantan, Isey ni protege kepada Sabri Yunus kalau tengok gelagat dia sama macam sbari yunus hihi Memang best isey ni pandai berlawak sampai semua xkering gusi tengok gelagat dia sampai dia kenakan siti dan siti pun kenakan dia hahaha lucu banget! Uniknya Segmen dikir barat ni Siti berdikir barat tetapi berloghat Orang pahang manakala Isey loghat Kelantan best giler!! memang dikir barat boleh digunakan perbagai bahasa terbaik!!




SETERUSNYA MEDLEY MASRI, KAPARINYO dan SULAM SEMBILAN
Persembahan ok menghiburkan dengan keunikan lagu2 melayu dan tarian2 melayu vokal siti xperlu dipertikaikan membuat semua terasa Teruja dan syahdu~



MEDLEY JANGAN DITANYA, JOGET KASIH TAK SUDAH dan JOGET PAHANG



Seterusnya ala2 konsep muzikal yang menjadi kesinambungan dalam persembahan konsert ini tmpak lebih meriah dan suasana tersebut hidup.. Lagu Jangan Ditanya , Joget Kasih Tak Sudah dab Joget Pahang di jadikan sebuat muzikal membuatkan semua penonton fokus dan menghayati apa yang ingin disampaikan disamping vokal melayu siti nurhaliza..

Medley Bulan Yang Mesra. 4 Dara & Hati Kama (Telakar Gempak)



Sangat terhibur dan sangat telakar giler hahaha part Bulan Mesra tu kita down dengan lagu yang mendayu2 tiber2 keluar je 4 Dara pingintan yang over gilerr lah haha dengan gediknyalah dengan kebaya ketat diorang lah adoiii meluat giler aku tengok hahaha xtahu nak terang cmne tapi saksikanlah video ni hahaha dan Hati kama versi Solo memang terbaik dah lama siti tidak nyanyi lagu ni serius MeleTOP hehe

http://www.youtube.com/watch?v=XPHKgGZPThQ

Beat It Version Tradisional

Rasanya ini lah kali pertama kot Muzik tradisional bawak lagu Beat It... ia mengabungkan Muzik pop rock + Muzik tradisional kalau di = pasti AWESOME! haha menghasilkan irama yang cukup indah kalau lah Michael Jakson masih hidup mesti dia bangga dengan malaysia hehe..




Dato'M.Daud Kilau (Cek Mek Molek & Laksamana Raja Di Laut)



Tiber2 lepas layan Beat it terdengar suara siti mengumumkan nama M.Daud Kilau utk beraksi di pentas habis seluruh penonton di panggung sari, Istana budaya gamat giler hahaha mana taknya Lagenda Muzik Melayu dan ikon Seni masuk pentas teriakk lah semua haha pelik jugak awatlak badan M.Daud kilau ni besar tiber2 dia bukak baju minah2 dekaty depan semua histeria hahaha LOL rupanya dia pakai baju berlapis2 nak buat semua suspen aku ingat dh xada baju rupanya ada dan ada lagi hahaha lawak2 hahaha saksikan video ni:-

http://www.youtube.com/watch?v=SRZWZUd4u2o

Ketawalah Lagi (Senaman Mulut)



Seterusnya, Siti Nurhaliza mengajak kita semua bergelak sakan tak kisah semua yang ada dalam dewan tu semua kena gelak.. yang telakar kak siti turun bawah cari penonton dan usik suruh ketawa LOL hahahaha .Siti kata ketawa adalah untuk diri kita supaya lebih ceria dan lebih sihat sentiasa. Ingat saje je nak gelak tipu2 tapi biler tgk mamat 3 org tu membuat aku terasa nak gelak sampai guling2 hahaha pastu masuklak 4 dara tu habisss berdekah aku gelak hahahah




BAHTERA MERDEKA (VOKAL PERFECT)

Terpikir gak kenapa siti bawak lagu Bahtera merdeka? ohhh kita baru menyambut hari malaysia memang patut siti bawak lagu ni memang perfect giler vokal siti serius!! Bahtera Merdeka version ni siti pernah bawak masa tabung Pahlawan tapi sayang tak ada siapa yang record dan akhirnya siti nyanyi LIVE depan aku hohoho giler derrr vokal berhantu giler meremang bulu roma aku hahaha terbuai2 aku lepas habis aku rasa macam nak suruh je siti ulang balik hahahha :P

BIARLAH RAHSIA (LENGGOK MELAYU ASLI)



Apa aku nak katakan lagu Biarlah rahsia ni arghhhhhhhhhhhhhhh awesome giler lain dari yang lain sebab sebelom ni siti pernah bawak versi balada, rock dan jazz tapi kali ni tradisional pulak ya Allah!!! kenapa siti tak pergi international bawak lagu melayu macam ni huhu seriusss menangis semua dengar sebab terlampau teruja sangat!! huhuhu Apa yang penting permulaan lagu ni siti main gamelan Alhamdulillah LULUS hahaha


PAKNGAH SUHAIMI (COVER)


Persembahan diteruskan dengan memberi penghormatan kepada Bapa Irama Malaysia Tradisional, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau terkenal dengan nama Pak Ngah yang turut mengiringi persembahan selama hampir 2 jam ini. Tahniah kepada Pengarah Persembahan iaitu Lokman Ghani yang membawa elemen muzikal dan sketsa dalam persembahan konsert ini. Pak Ngah banyak membantu menaikan nama Siti Nurhaliza dalam Tradisional.


DAMAK Menjadi Pilihan


Kenapa di jadikan pilihan?? kerana lagu Damak ni ciptaan dari Pak ngah yang mempunyai kisah tersendiri. Selepas itu Siti memanggil Pak ngah bersamanya utk berikteraksi satu sama lain dari awal kemunculan Siti lagi. Lagu Damak antara lagu yang banyak lenggok2 yang mendayu dan membuai perasaan kepada yang mendengarnya...

MEDLEY BALQIS & YA MAULAI (AJL)



Kedua lagu ni kalau tak ada persembahan dan tarian hebat dari siti memang tidak sah kerana itu ia dapat mengembalikan suasana meriah.. macam biasa persembahan di buat pun seperti sewaktu kegemilangan Siti dalam Anugerah juara lagu cuma tak ada 100% persembahan sama macam AJL yang dulu cuma ada je part tarian yang sama tetapi kesemuanya hebat dan Awesome! :)

CINDAI (Sentiasa Di hati)


Lagu Cindai sgt wajib dan sentiasa perlu dibawa tak kisah dalam malaysia mahupun luar malaysia kerana dengan lagu cindailah siti naik sampai ketahap sekarang ni dan dengan lagu cindai lah peminat2 siti membesar dan semakin membesar hehehehe tapi Cindai kali ini sangat berbeza kerana siti bawa lagu ni seperti cindai sewaktu dia di puncak Roayal Albert hall London ohhh terasa macam di london hehe

Popaleh Weh (Lagu baru 2013)




Sebagai penutup, Siti Nurhaliza memilih lagu yang berentak rancak berjudul Popaleh Weh. Siti turut bergendang di pertengahan lagu ini. Lagu Popaleh Weh ini adalah nyanyian lagu ciptaan baru yang mengambil judul loghat negeri Pahang, negeri kelahiran siti.Dikatakan ini adalah lagu lama negeri Pahang yang diberi nafas baru oleh Siti Nurhaliza. kalau korang nak tahu Siti nurhaliza pernah bawak lagu ni LIVE  di Majlis Penutup Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2012 di Stadium Darul Makmur. Untuk lagu ini, Siti Nurhaliza menggunakan kemahirannya memukul gendang bersama beberapa pemukul gendang. MERIAH GILER!!!


MEET & GREET BERSAMA SITI NURHALIZA



Bergambar dengan Siti Nurhaliza selepas selesai Konsert Seronok!! hehehe

Bersama sebahagian Sitizoners yang hadir dan menyokong dan happening dalam konsert Lentera Timur Sabtu 21/9/13 Kenangan terindah!! :)

SITI TUNAIKAN IMPIAN KAMI!

Buku ni lah yang mengumpul semua suara2 peminat Siti yang dari kalangan Sitizoners yang berhasrat dan mengindam Konsert Tradisional terbesar yang pelu Siti Nurhaliza bawa dan kini Alhamdulillah kak Siti tunaikan permintaan kami.. Lepas ni Go To International pulak belum dicapai lagi tungguuuu hehehe




Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text