Ads 468x60px

Isnin, 28 Mei 2012

Apa itu Twitter ??

Twitter Makin Laris!


             Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian dan perkhidmatan microbloging yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca teks berasaskan post sehingga 140 aksara, yang dikenali sebagai "TWITTER". 
Ia dicipta pada Mac 2006 oleh Jack Dorsey dan melancarkan  twitter pada bulan Julai.

           Perkhidmatan yang pesat mendapat populariti diseluruh dunia, dengan lebih 140 Juta pengguna yang aktif pada 2012, menjana lebih daripada 340 juta tweets harian dan mengendalikan lebih 1.6 bilion pertanyaan carian sehari. 

      Ia telah digambarkan sebagai "SMS INTERNET"pengguna tidak berdaftar boleh membaca tweets, manakala pengguna mendaftar boleh mengirim tweets melalui antaramuka laman web, SMS atau pelbagai aplikasi untuk peranti mudah alih.

     Twitter Inc berpusat di san Francisco, dengan pelayan pejabat dan tambahan di New York City. Laman web Twitter adalah salah satu daripada sepuluh teratas yang paling dilawati di internet.

          Twitter Telah dirujuk sebagai faktor penting dalam spring Arab dan lain -lain protespolitik.

         Ramai di kalangan Politik , Peniagaan, Selebrity, Penyanyi dan Pelakon Malaysia menggunakan twitter untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama peminat - peminat dan luahan rakyat di malaysia. Twitter juga tidak mempunyai komen malahan ia lebih direct to the Point kepada pengguna yang dikirim.


          Penggunaan twitter amat mudah untuk digunakan dalam masa 1 Hari pengguna sudah fasih dan sudah mengetahui penggunaan Twitter dengan mudah. Twitter Juga Mempunyai Inbox seperti mana laman sosial yang lain.. tetapi inbox tersebut hanya digunakan untuk pengguna yang follow sahaja sebagai contoh Siti Nurhaliza Follow Celine Dion, manakala Celine Dion Follow Siti Nurhaliza dan mereka boleh menggunakan inbox (direct Mesej) 




        Satu Keistimewaan Twitter adalah Friends atau Follower tidak ada limit sebagai contoh seperti media sosial tersebut ia mempunyai limit friends sehingga 5000 sahaja tetapi twitter ia tidak mempunyai limit tetapi ia lebih bilion friends anda pun ia mampu menampung sebab itu dengan adanya Twitter anda sebagai insan Biasa boleh popular dan mengalah seperti Selebrity yang Hot2x di malaysia ramai juga pengguna biasa yang kini mempunyai 1 Juta kawan di dalam twitter.


              Kepada pengguna yang tidak mempuyai Twitter Jom lah Join Laman twitter yang sedang hangat digunakan pada masa kini anda pasti teruja dan ingin menggunakan sentiasa sebagai application laman sosial seharian anda. jom Follow~




P/s: Jom Follow Twitter @Fadzoners  

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text