Ads 468x60px

Ahad, 27 Disember 2009

Gambar Kulit Album Duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti



fadz dah mendengar kesemua lagu-lagu terbaru hasil duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti tapi fadz dapat tahu dari pengurus penyanyi popular yang mana album ini telah pun siap dicetak. Rasanya, di radio pun masih belum berkumandang tapi pihak SNP sudah pun menghantar sebuah lagu di stesen radio swasta.


Judul album ini adalah terangkum dalam CTKD, gabungan dua nama ikon ternama ini iaitu canda, tangis, ketawa, duka.
Khabarnya, album ini akan berada di pasaran pada 28 Disember. Tak berapa lama lagi dah. Hari Isnin ini aje. Jadi semua peminat Siti Nurhaliza boleh mendapatkannya di kedai CD yang berhampiran.
Berikut ini fadz siarkan tajuk-tajuk lagu yang terdapat dalam album yang pastinya wajib dimiliki oleh korang semua.
Terdapat 6 buah lagu duet Dato’ Siti Nurhaliza dan Krisdayanti dalam album ini dan sebagai bonus korang akan mendapat 4 buah lagu minus one.

Berikut adalah judul lagu:

1. Jikau Kau Tak Datang (best lagu dia rancak beb mcm ala2 lady gaga)
2. Sebagai Teman (lagu ni best vokal CTKd memang mantap)
3. Tanpamu (lagu ciptaan ST12 memang best sedih dengar lagu ni)
4. Amarah (lagu rancak alal2 lady gaga jgk best beb, lagu ni bakal disiarkan di radio)
5. Hanya Dia (lagu dan melodi menyentuh jiwa)
6. Dalam Diam Ku (vokal CTKD memang tahap Diva)


Album ini dihasilkan dengan kerjasama daripada komposer yang kreatif dan terkenal termasuklah Audy Mok, Aubrey Suwito, Sharon Paul dan juga buat pertama kalinya Dato’ Siti Nurhaliza menggunakan khidmat dari vokalis ST12 bernama Chaly.

Kepada semua peminat SITI KD, jangan lupa dapatkan album ini dengan harga RM29.90.
Ini dia cover album duet diva popular dari Malaysia berentap vokal dengan diva popular dari indonesia dalam satu album. Menggunakan warna yang ceria dan lembut iaitu ungu. Kedua-dua ikon ini nampak anggun dan sangat cantik. Sudah tentu ramai peminat dah tak sabar nak beli album ini, kan?Jom kita serbu kedai CD yeah!!!

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text