Ads 468x60px

Sabtu, 13 Ogos 2011

Serangga Charlie MUSUH utama Student PSIS!!

SI CHARLIE
Politeknik Sultan Idiris Shah

Serangga ini dikenali bukan kerana sengatan atau gigitannya, sebaliknya dikenali kerana bahayanya apabila serangga ini apabila bersentuhan dengan kulit manusia.  Malah cecair yang ada pada serangga ini juga beracun dan telah menyebabkan beberapa pelajar mengalami gatal-gatal, luka yang parah serta meninggalkan kesan parut pada permukaan kulit.

Umumnya, serangan demi satu serangan serangga ini terjadi berikutan lokasi Kediaman Kolej Politeknik Sultan Idris Shah..

Berikut merupakan sedikit sebanyak informasi berhubung serangga charlie yang diperolehi melalui sumber artikel dari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai di link:  



Maklumat serangga


Nama I.C 
Rove Beetle Binti/Bin Staphylinidae
Kelas/Kuliah
 Jenis Serangga
Keluarga
Staphylinidae
Spesis
Paederus fuscipes Curtis
Nama Kampung
Semut Semai, Semut Kayap, 
Nama GLamor
Charlie Angles 

Serangga ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut:

1.  Panjang kurang daripada 1cm

2.  Badan serangga berwarna hitam dan oren berselang seli.  Kepala dan abdomen atas berwarna hitam.

3.  Mempunyai sepasang sayap lutsinar, yang dilipat rapi.

4.  Kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa.

5.  Menaikkan hujung ekornya seperti keadaan kala jengking ketika terasa terancam


6.  Boleh terbang dan berlari di atas permukaan air.



Serangga ini bahaya kerana:

Cecair haemolymph yang ada pada seluruh badan serangga kecuali sayap mempunyai toxin yang dinamakan ‘pederin’ (C24H43 ON).  Toxin ini antara toxin sentuhan serangga yang paling berbisa.

Antara luka-luka akibat serangga Charlie:









Langkah Berjaga-jaga dan Tindakan

Sentuhan boleh terjadi secara sengaja mahupun tidak sengaja, samada ketika berjaga mahupun tidur.  Oleh itu, berikut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar ke arah pencegahan.

1. Mengurangkan penggunaan lampu kerana serangga ini mudah tertarik kepada cahaya lampu.

2. Tutup kesemua pintu dan tingkap sewaktu musim charlie melanda.  Tutup tingkap dan pintu apabila tiba waktu petang.

3. Menggunakan perangkap nyamuk, repellent dan lain-lain.

4. Tidak duduk berhampiran lampu atau cahaya.

5.  Memastikan kedaan katil baik dan tiada serangga sebelum tido.

Sekiranya terjumpa dan ingin membunuhnya, maka:

1.  Memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang, kerana dikhuatiri akan terbang dan bersentuh dengan kulit.

2. Jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan tangan

3.  Apa-apa cara sekalipun yang membawa sentuhan dengan serangga tersebut.  Cuba hindari dengan menggunakan kertas,kain, selotape dan lain-lain untuk membunuhnya.

Sekiranya anda sedar bahawa anda telah diserang oleh serangga tersebut, maka:

1.  Jangan sentuh permukaan yang telah dilalui serangga

2.  Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan atau di Klinik berdekatan ye

Sekiranya luka telah sembuh sepenuhnya, parut luka bolehla dirawat dengan menggunakan sebarang produk yang boleh membantu proses menghilangkan parut luka.



Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan


1 ulasan:

Ariza berkata...

charlie musuh ketat ku!! nsb baik dh last sem baru kene..itu pun seksaaaaaa!!

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text