Ads 468x60px

Rabu, 6 Mei 2009

Ingin Menjadi Usahawan Cacing!?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti ramai pembaca semua telah mengetahui tentang penternakan cacing yang kini makin giat dipromosikan di media masa. Hari ini saya melawat satu lagi tempat penternakan cacing di Melaka.. Jika sebelum ini saya telah melawat di Tehel kepunyaan Zaws.Agro kali ini saya ke Paya Rumput pula untuk mendapatkan sedikit ilmu dari Azam Agrotech mengenai persediaan asas yang diperlukan bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini.
Nampaknya melalui lawatan saya ke sini nampaknya banyak perkara baru yang dipelajari.. Jika sebelum ini saya hanya menjangkakan bahawa penternakan ini hanya dilaksanakan dalam rak-rak kayu tapi penguasaha memaklumkan bahawa ianya juga boleh dilakukan dalam bekas plastik. Ala bekas plastik nak basuh baju tu pun boleh.. Memang agak terkejut lebih-lebih lagi beliau memaklumkan ada pengusaha kecil-kecilan yang menggunakan laci sebagai medium untuk penternakan.. Selain itu pertanyaan-pertanyaan saya yang lain ialah :-

1. Berapa lama untuk dibiakkan ? –> Dalam jangkawaktu 6 bulan dia akan meningkat hingga 6-10 kali ganda.. Sebagai contoh jika anda menternak 1 kg cacing dalam tempoh 6 bulan jumlah akan meningkat sehingga mencecah 6-10 kg..( di tambah dengan berat cacing dan penambahan anak-anak)
2. Pemakanan?–> Makanan yang biasa digunakan ialah adunan tinja kambing dan habuk papan.. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa pengusaha yang menggunakan makanan seperti sisa organik yang lain.. Malahan saya sendiri terkejut apabila dimaklumkan bahawa sisa makanan seperti nasi juga boleh digunakan (perlu di’blender’ terlebih dahulu).. Dan cacing ni kuat makan iaitu bagi 1 kg cacing akan makan 1 kg dalam sehari.. Pergh gila kuat melantak
3.Kadar kematian –> kadar kematian agak kurang.. Hanya 1 % sahaja.. Tetapi perlu berjaga-jaga dengan musuh cacing iaitu semut, tikus, burung , hama..
4. Potensi –> Potensi bukanlah setakat pada penjualan cacing tetapi berkait rapat dengan penghasilan baja kompos. Baja kompos atau organik merupakan baja yang terhindar dari kimia dan lebih baik untuk tanaman.. Jadi prospek baja ini memang luas di pasaran.
5. Medium dan Tempat –> Seperti yang dimaklumkan sebelum ini cacing tidak terlalu ditekankan dari segi bekas sebaliknya kelembapan kawasan pembiakan terbabit. Keadaan medium perlu sentiasa dijaga bagi memastikan ianya tidak kering ..
6. Produk –> Telah banyak produk dihasilkan ( mungkin saya akan cari di internet) antaranya makanan ayam (dalam bentuk palet), perubatan, kosmetik, minyak rambut.. He he he.. mesti ada yang akan terfikir dua tiga kali nak pakai kosmetik selepas nie..


MAKLUMAT TENTANG PRODUK

Pengenalan
Penternakan cacing kompos boleh di katakan masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:

1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia

Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing harimau atau cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus

1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang. Kenapa Cacing Kompos?
Potensi kegunaan:-

1. Penyuburan tanah
2. Memperbaiki dan memelihara struktur tanah
3. Pelupus sampah organik
4. Menjadi bahan campuran makanan ternakan.
5. Menjadikan bahan buangan industri kepada baja organik.
6 . Menjadi ramuan perubatan merawat penyakit seperti meredakan demam, tekanan darah tinggi, bronchitis dll.
7. Menjadi bahan campuran dalam pembuatan kosmetik.

Struktur Tubuh Cacing
Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang di dalam tanah,serta sebagai alat mempertahankan diri. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis.Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium. Ianya digunakan untuk menembusi tanah.Apabila tanah sukar untuk ditembusi, maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluarmenjadi kotoran yang kaya dengan unsur unsur organik juga mineral dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan bakteria yang merbahaya.

Pencernaan Makanan
Prostomium mengambil makanan dan dimasukkan ke dalam Faring (tenggorok). Kemudian melalui Esogafus (kerongkong),dan seterusnya ke perut.Makanan disimpan sementara, kemudian disalurkan ke lambung otot. Di dalam lambung otot, makanan dihancurkan dengan dibantu oleh pasir dan benda-benda keras yang dimakannya.Hasil pencernaan masuk ke dalam usus, kemudian, zat-zat makanan diserap. Di sini, makanan diproses dari bentuk yang kompleks menjadi bentuk sederhana.Di dalam proses ini, enzim, bakteria, protoza bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Zat-zat makanan kemudiannya diserap oleh dinding usus halus masuk ke dalam pembuluh darah, dan disalurkan ke seluruh tubuh.Sisa-sisa makanan yang tidak tercerna keluar bersama kotoran lainya dalam bentuk kotoran cacing.

Produk dari ternakan cacing
Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut).
Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.

Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil dan sederhana, tidak mustahil baja organik ini dapat menggantikan baja kimia sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text