SYABAS
TALEEB MIZAD
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Assalammualaikum..
Hari ni nak cerita buat album terbaru Taleeb Mizad yang Berjudul Syukur Alhamdulillah
tapi sebelum tu nak cerita biodata ataui pengenalan diri Taleeb Mizad dekat korang semua..
Abdul Muttaleeb Mizad @ Taleeb Mizad
diumumkan pada 15 Disember
2012 di Anugerah Planet Muzik Singapura, tidak ramai yang mengenali
beliau. Anak muda kelahiran Muar, Johor Darul Takzim ini sememangnya
seorang anak muda yang berjiwa seni dan seharusnya dijadikan contoh anak
muda yang berjaya dikalangan belia. Taleeb Mizad, dilahirkan di Muar
Johor pada 6 Februari 1989 merupakan anak keempat dari 5 adik beradik.
Tokoh Bistari
Taleeb Mizad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan
Limpoon (2) Batu Pahat. Beliau merupakan seorang pelajar aktif dan telah
menjadi anak emas sekolah tersebut.Beliau turut mendapat keputusan 5A
dalam peperiksaan UPSR dan mendapat anugerah tertinggi di sekolah iaitu
'Tokoh Bestari'.Beliau adalah satu-satunya pelajar pada tahun tersebut
yang dapat melanjutkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sekolah Dato
Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan.
Aktif di SDAR
Sepanjang beliau di SDAR, beliau bergiat aktif dalam menyumbangkan
bakat seni beliau apabila menyertai Simfoni Orkestra SDAR dari tahun
2002-2006 dan beliau telah bertanding di peringkat negeri, kebangsaan
malahan peringkat antarabangsa. Beliau menyertai Pertandingan Pancaragam
dan mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan pada tahun
2002.Beliau merupakan ketua seksyen instrumen flute di SDAR. Sepanjang
itu, beliau telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan bersama
Simfoni Remaja Kebangsaan yang diadakan di Istana Budaya.Beliau turut
menyertai pertandingan Wind Orchestra di Kuala Lumpur Convention Centre
sempena Persidangan Pendidikan Muzik Sedunia (ISME) pada tahun 2006.
Selain daripada minat dalam bidang seni, beliau turut aktif dalam
bidang sukan bola sepak dan futsal. Beliau telah memenangi Kejohanan
Bola Sepak bawah 15 tahun di peringkat Negeri Sembilan semasa di SDAR.
Bekas Matrikulasi
Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
(KMNS) selama dua tahun (2007-2008) dan telah mewakili KMNS dalam sukan
bola sepak dan menjadi presiden futsal KMNS pada tahun 2008. Beliau
disegani di matrikulasi kerana bakat beliau yang hebat dan tidak sombong
dengan kawan-kawan malahan pensyarah di KMNS. Selepas tamat pengajian
di KMNS, beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM),Skudai Johor Bahru dalam bidang Ijazah Sarjana
Muda Sains Seni Bina.
Kaki Bola&Futsal
Setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Teknologi
Malaysia, beliau aktif melibatkan diri mewakili universiti dalam sukan
futsal dan mwakili futsal UTM 2009-2012 sempena MASUM (majlis sukan
universiti malaysia).Beliau merupakan presiden Student Athlete Sport
Council (majlis tertinggi sukan UTM) 2012-2013,ketua Pasukan futsal UTM
skudai 2011-2013,pengurus pasukan Futsal UTM skudai 2012-2013, Selain
daripada sukan bola sepak dan futsal, beliau juga berbakat dalam
melakukan aksi gaya bebas bola sepak. Di channel Youtube beliau,
terdapat banyak video Joga Taleeb yang menyaksikan aksi beliau dengan
bola sepak. Selain itu, Taleeb Mizad pernah mengadakan persembahan
'Freestyle' di Putrajaya dihadapan Menteri Belia Dan Sukan YB. Dato' Sri
Ahmad Shabery Cheek pada tahun 2011, membuat persembahan Football
freestyle di Pavilion sempena Malaysian Arts Style international
Festival (MASiF) 2010 dan SAFWA HEALTH IDOLA BOLA 2010 Finalist
pertandingan football freestyle di Ampang.
Anugerah Dekan
Di universiti, beliau dikenali juga dengan bakat beliau dalam bidang
seni bidang Sarjana Muda Sains Seni Bina atas bakat beliau yang mahir
membuat lukisan sketch secara free hand permandangan dan bangunan
bersejarah seperti Eiffel Tower dan Taj Mahal.Beliau pernah mendapat
Anugerah Dekan dan mengekalka prestasi terbaik dalam bidang pelajaran.
Beliau juga mahir menggunakan software untuk membuat pelan 3D bangunan
menggunakan Google Sketchup, AutoCad dan Lumion. Beliau juga mahir
menggunakan Adobe After Effect untuk membuat efek2 khas seperti yang ada
di Channel Youtube beliau 'Taleeb Mizad' yang berjudul 'Tiga Abdul'.
Bersama RTM
Beliau banyak mendapat jemputan untuk membuat persembahan nyanyian
bersama atau tidak bersama gitar di peringkat universiti dan kebangsaan.
Beliau pernah membuat persembahan ketika Suara Siswa di UTM bersama Dr
Fadzley anjuran bersama RTM. Beliau juga pernah membuat persembahan
nyanyian bersama Rahmat Mega ketika Kayuhan Hijau UTM. Beliau turut
menjadi pengacara, membuat persembahan nyanyian, flute, drum dan
freestyle ketika acara berprestij TERANG! 2011 Architectural Workshop
peringkat Malaysia di UTM Skudai.
Pemenang "Nova Media Baru" Anugerah Planet Muzik 2012
Taleeb Mizad juga pernah mejadi Finalist (best 15) Best Dressed Real
Men ESQUIRE di wardrobe Bangsar Kuala Lumpur pada tahun lepas. Hasil
usaha beliau sendiri yang banyak membuat video 'cover' lagu-lagu artis
yang popular tempatan dan antarabangsa seperti Ombak Rindu, Ku Pinang
Kau Dengan Bismillah, Im Yours dan Sudah Cukup Sudah. Dan pada tanggal
15 Disember 2012, beliau telah memenangi Anugerah 'Nova Media Baru' di
Anugerah Planet Muzik 2012 di The Max Pavilion Singapore atas undian
orang ramai bagi Youtubers di peringkat Asia Tenggara. Dan hasil usaha
dan rezeki beliau itu, beliau kini berada dibawah naungan Hijjaz Records
dan Music Valley Music (MVMProductions). Kini beliau dalam proses
pembikinan Album Pertama dan beberapa Single. Antara komposer yang
terlibat adalah seperti Adi Sixth Sense, Sham Kamikaze dan Hijjaz.
Belia Contoh
Taleeb Mizad merupakan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi
untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya. Cita-cita beliau adalah
untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya dan menjadi artis atau public
figure yang disegani dan menjadi contoh terbaik bagi generasi anak muda
zaman ini. Beliau mempunyai falsafah tersendiri, 'Saya menggunakan
kelebihan menggunakan teknik Imaginasi dan Seni ke dalam setiap perkara
yang saya lakukan. Sebagai contoh, bermain futsal adalah seni percaturan
dan gaya bebas bola sepak adalah seni imbangan' . Semoga apa yang
dihajatkan oleh anak muda ni sentiasa disokong dan mendapat perhatian
peminat tanah air dan di peringkat asia tenggara.
Kahwin "Restu Cinta"
Pada sabtu 22 Jun 2013 Taleeb Mizad disahkan Suami kepada Juliana Nazarudin bersamaan 13 Syaaban 1434.. Semoga perkahwinan mereka kekal bersama hingga ke anak cucu.. InshaAllah Amin..
ALBUM Syukur Alhamdulillah 2013
Akhirnya pada 3 Oktober 2013 aku dapat memiliki album terbaru Taleeb Mizad yang berjudul Syukur Alhamdulillah..
Ceritanya bergini pada 23/ 9/2013 aku dengan gigihnya excited mencari Album taleeb ni pada waktu lunch aku tak pergi makan tapi aku g turun KL sekitar bandaraya untuk cari Album taleeb punyer pasal huhu first aku g dekat Sogo KL cari punyer cari Sogo KL dah tak ada kedai Jual CD /DVD so ok xper aku leh terima dah tak kedaikan nak wt cmne hhuhu then aku pergilah Pertama Complex dengan harapan adolah kan pergi dan pergi alaaa tak kedai Music valley mahupun Speedy lak tapi ada kedai buku Agama mesti ada jual pergi alamak tak ada gak huhu frustt xper gigih cari lagi pergi lak Medan Mara aduhhh pun sama tak ada gak dekat kedai jual2 buku kerohanian hhuhuh pergi bangunan mara yang baru malas nak cari tanye kaunter pertanyaan sini ada Kedai CD/DVD tak? pekerja tu bgtahu tak ada lagi.. aku waktu tu macam nk pengsan dah hahaha letih sangat semuanya tak ada huhu pastu last choice Maju junction rasa ada Music valley sebab pernah meet & greet dengan Maher Zain ketika 2010 so pergi dengan muka happy yeahhhhh haha pergi2 #eh kenapa dah jadi kedai Counter Maxis ni?? mana music valley?? arghhhhh so g lah tanye kounter Pertanyaan.. ceritanya Music valley dekat Maju junction dah lama tutup huhu Ya Allah aku time tu frusttt giler r huhu tak tahu nak cakap apa dah... then balik office dekat menara PJD dengan KECEWA.. T_T
24/9/2013
Rancang keluar lagi time lunch nak cari lagi Album taleeb Mizad kali ni area jalan imbi lak dengan harapan adalah huhu 12.30pm pun sudah tiber aku menaiki monorail mengharungi setiap stesen satu stesen hingga stesen Imbi tempat pertama aku cari ke Berjaya Time Square setahu aku ada kedai CD/DVD dekat depan pawagam GSC Time Square.. ok nak pergi je erkkkk?? kedai lain?? eh mana kedai CD waktu tu aku g pawagam selalu nampak kedai CD ni tp dah tak ada lak? fuhhh kata dah pindah aduhh dah lah Berjay Time Square ni besar giler kedai sampai beratus2 jenuh aku nak cari ni huhu so macam biasa g bawah tanya kounter pertanyaan "Salam kak Kedai DVD dekat depan pawagam tu pindah kt mana ek?" akk tu say " Dah tutup Dik huhu" aduhh sedih pastu aku xputus asa cari lagi di Sungei Wang dan Bukit Bintang pergi Speedy cari punyer cari pastu tanye tokeh "ada tak Album taleeb Mizad yang pegang Gitar cover putih?" "apa leeb??" aduhh aku punyer geram rasa nk cili je hahaha "Bukanlah Taleeb Mizad" "ohh pegang gitar lelaki ye? xada lah " aishhhhhh panas je aku hahaha pastu aku pergilah Victoria Secret Dimana aku beli Tiket konsert Sami yusuf dan last2 Minit dibatalkan.. g Masuk cari album taleeb cari dan cari " boss Ada album baru lelaki ka??" tokeh kedai" ada Hafiz konsert MPO, lu mahu cari apa? Anuar Zain ? hahaha" Tergelak aku "bukann lahh hahaha, ini taleeb Mizad penyanyi baru malaysia, cover putih pegang gitar" "ohhhhh tak adalah ada hafiz Anuara zain yang latest" hampaaaa aku tak tahu dah nak cari kt mana huhuhu So Pilihan terakhir kalau tak ada ok aku give up!!! huhuhu pergi lot 10 pulak cari punyer cari aras 1 sampai akhir aduhhh xada gak dulu ada kedai sebelahi Center Iphone tp tutup jugak dah jadi keda Zara lak huhuhu so aku Tekad Give up!!! huhuhu dengan mata bertakung huhu T_T
SELAMA 8 HARI AKU BERSEDIH
3 / 10/2013
Rancang nak lunch dengan mak selama berapa bulan kerja dekat JKR baru dapat lunch sama2 dengan sebab mak punyer Bangunan dekat DBKL jalan Raja Laut so sebelom nak g makan sama2 beli baju batik jap sebab ada sale katanya lepastu makan dekat Restoran Zam Zam Dekat jalan tunku Abdul Rahman lepas selesai berdating dengan aku dan mak aku pulang ke bangunan masing2 tiber - tiber aku lalu lah depan Kedai Pustaka Mukmin KL dan hati aku terdetik nak masuk tak tahu kenapa sebab waktu tu aku terpikir nak beli tau seriusss aku masuk dalam hati eh kenapa aku masuk sini ek? hurmmmmm aku pun heran dan satu ketika aku tersedar haaaa Album taleeb Mizad so aku pun pergilah mencari dekat rak CD2 dekat situ cari dan cari depan lah belakang lah tepi aikkk tak ada pun sekali aku padang ke atas Ya Allah Album Taleeb Mizad!!!!! dengan lafaz Syukur Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya huhu Aku tak pikir banyak2 ambil dan terus pergi dekat casher walaupun time duit tengah kering tak kisah aku sanggup beli sebab dah Niat nak beli terus ambil nnt tak ambil Hati ni tak lega so Finally Alhamdulilah sudah memiliki Album Taleeb Mizad hehe
Inilah Dia Album Taleeb Mizad -Syukur Alhamdulillah #Mabrouk!!
Ada 6 lagu dalam Album ni
Cover Album Dia amat Simple dan santai kena dengan Abg taleeb Mizad hehe
Lagu yang Dijangka HOT "Restu Cinta" , " Ku Bersyukur" & "Perutusan Rindu"
Target Album ni sesuai dengan Belia2 yang ada diluar sana dan juga kepada peminat - peminat tegar nasyid dan lagu2 Kerohanian
Vokal tak seperti Anuar Zain , Hafiz, Hazami atau Hazama yang perlu teknik2 vokal yang mantap tapi bagi Taleeb Mizad vokal dia jenis simple relax dan tenang ala2 macam Bruno Mars dan Jason Mraz
Taleeb Mizad boleh pergi jauh kerana ketampanan dia, bakat dia, pakej dia semua lengkap mungkin lepas ni Album Kedua bakal lagi MeleTOP dari yang so terus lah menyokongnya supaya mampu bergerak dengan lebih tinggi.. Lepas ni Nak request taleeb Mizad buat lagu Kerohanian version English mana tahu boleh pergi ke International insyaAllah Amin
Kesimpulan: Buat Diri fadz janganlah Excited dan berharap sangat nanti apa yang benda yang kita nak semua tak dapat pastu benda kita excited nak senang je dapat bergitulah hidup ini hehehehe

Tiada ulasan:
Catat Ulasan