Ads 468x60px

Ahad, 6 Oktober 2013

Siti Nurhaliza Tarudin Official





               Siti Nurhaliza Tarudin adalah satu figura dunia seni Malaysia yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Namanya sudah mengharum wangi... dari KL ke KL ke KL (Kuala Lipis ke Kuala Lumpur ke Kota London). Siti Nurhaliza (kini Hajah Datin Dato Seri) adalah salah sebutir bintang dan pertama yang telah di lahirkan dari bumi Malaysia telah mula menggegarkan industri seni tanahair bermula tahun 1995 apabila beliau menjuarai Pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (Bintang HMI) pada tahun yang sama anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Namun tahukah anda karier seninya sebenarnya tidak bermula di sini? Sebaliknya ianya sudah bermula semasa Siti Nurhaliza masih 'hijau' dalam menongkah arus kehidupan... ikuti kisah seorang bintang... Dato' Siti Nurhaliza Tarudin jsm, sap, aap, pmp,dimp


Kelahiran Seorang Siti Nurhaliza Tanggal 11 Januari 1979, 29 tahun dahulu di Berek Polis, Kampung Awah, Temerloh, Pahang... seorang bayi perempuan telah di lahirkan. Anak keempat kepada Puan Siti Salmah Bachik dan Arwah Tarudin Ismail itu di lahirkan tanpa ayahnya berada di sisi kerana sedang bertugas di luar kawasan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota polis. Bayi ini di namakan Siti Nurhaliza. Membesar bersama abang dan kakaknya, Saiful Bahri Tarudin (Ayie) dan Siti Norsaida Tarudin (Saida), Siti Nurhaliza dibesarkan penuh dengan kasih sayang daripada kedua ibubapanya. Adik beradik beliau yang lain ialah Saiful Lizan dan adik-adiknya, Siti Saerah, Mohd Ali dan Mohd Hafiz, manakala seorang abangnya (yang sulung), meninggal ketika masih kecil (Al-fatihah).




        Siti Nurhaliza membesar sebagaimana kanak-kanak lain, tidak dilimpahi kemewahan namun bersyukur dengan apa yang diperolehinya, apa yang ada di kongsi bersama. Kanak-kanak ini amat aktif bersukan dan mula menunjukkan bakatnya sejak di Tabika Kemas di Kuala Lipis dengan mengadakan persembahan bersama-sama rakan setadika dan sememangnya beliau mewarisi bakat seni yang hadir dalam diri ibunya, iaitu seorang penyanyi lagu-lagu asli yang dikenali suatu ketika dahulu...









        Pernah kerana malu, Siti melarikan diri sewaktu sebuah majlis perkahwinan berlangsung di kampungnya di Kampung Awah, Temerloh kerana di panggil untuk menyanyi dan malu. Namun beliau terpaksa akur apabila beberapa kanak-kanak lain berjaya mengejar dan menangkapnya...

Jejak Bintang... Tidak terhenti setakat itu... Siti Nurhaliza terus rapat dan akrab dengan seni apabila sering menyertai pertandingan nyanyian, antaranya menang untuk Karnival Lipis dengan menyanyikan lagu 'Bahtera Merdeka' dan juga 'Sireh Pinang' sehingga memenanginya tiga tahun berturut-turut. Ada juga individu yang sehingga marah kerana jika beliau memasuki sesuatu pertandingan, pasti beliau akan merebut gelaran juara... paling tidak di tempat kedua dan ketiga.


         Siti juga menjadi vokalis untuk kumpulan yang telah ditubuhkan bersama pakciknya Abdul Rahim Bachik yang di panggil 'Ayah Rahim' oleh Siti, iaitu kumpulan Family Group. Dengan 'Family Group'lah beliau mengasah bakatnya dan akhirnya beliau tekad untuk menyertai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 seawal umurnya 16 tahun. Namun beliau sedikit terkilan dan kecewa kerana tidak menjuarai Juara Mingguan program tersebut yang akan ke final. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Siti di panggil semula oleh pihak RTM kerana salah seorang peserta menarik diri. Siti juga bertambah bertuah apabila menerima perhatian daripada Mr. Tan Su Loke dari Suria Records dan menerima bimbingan dan didikan daripada komposer ternama Adnan Abu Hassan. Dengan penuh yakin, bergaun merah dan mendendangkan 'Camar Yang Pulang' nyanyian asal Aisyah, Juara Program Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) jatuh ke tangan Siti Nurhaliza Tarudin.




             Berkembangnya sekuntum bunga... Sejurus menjuarai Bintang HMI 1995, banyak syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa menawarkan kontrak artis rakaman untuk Siti Nurhaliza. Namun atas tunjuk ajar Suria Records (SRC) dan kesungguhan yang di tunjukkan Mr. Tan Su Loke sehingga ke rumah keluarga Siti di Kuala Lipis, akhirnya Siti Nurhaliza menandatangani kontrak sebagai artis rakaman Suria Records. Apabila bergelar artis rakaman, album solo pertama Siti Nurhaliza pun di terbitkan. Sewaktu proses memasukkan vokal, Siti berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu pada Jumaat dengan menaiki bas ekspres dan di temani samaada ibunya atau abangnya dan pulang semula ke Kuala Lipis pada petang Ahad kerana Siti masih bersekolah.



           Akhirnya, pada 1hb April 1996, Album yang menggunakan judul namanya sendiri itupun di pasarkan. Ramai yang kagum dengan bakat yang dimiliki gadis dari Kuala Lipis ini. Kerjaya permulaan Siti sampai ke kemuncak apabila beliau memenangi Juara Lagu '96 melalui Jerat Percintaan (ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Hani MJ) selain menang Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik, seterusnya menang sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Jerat Percintaan) di Anugerah Industri Muzik 1997.


           Ramai yang meramalkan Siti akan cepat jatuh kerana beliau cepat naik. Bagi penggemar dan pemerhati industri muzik, Siti naik terlalu cepat dan 'overexposed', namun nasib terus menyebelahi beliau biarpun Siti juga agak risau dengan kenaikan mendadaknya, apabila beliau terus diterima ramai dengan album ke-2nya, duet Mawarku dan Tiga Malam bersama 2 By 2, album asli 'Cindai' dan seterusnya hadir dengan album pop ketiganya, Adiwarna yang menggondol Album Melayu Terbaik serta Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999.


           Sedekad yang terus utuh... Siti Nurhaliza kini nama besar di Malaysia dan Indonesia... Siti Nurhaliza berjaya menghasilkan album-album solonya yang terus sukses seperti Pancawarna, Sahmura, safa, Sanggar Mustika, EMAS, Prasasti Seni, Transkripsi sehinggalah yang terbaru, Hadiah Daripada Hati, Tahajjud Cinta. Beliau juga adalah penyandang Bintang Paling Popular 5 kali berturut-turut (1998-2001) dan pada 2004 dan 2009, serta Penyanyi Wanita Popular di Malaysia buat 13 tahun berturut-turut.

Siti Nurhaliza juga berjaya menempa nama di persada antarabangsa, antaranya:-

         Indonesia:- Siti sudah menjadi nama besar di republik ini. Pendedahan Siti yang pertama di Indonesia ialah apabila tersiarnya artikel berkenaan Siti dengan tajuk 'Belum Punya Teman Dekat' di akhbar popular republik itu iaitu POS Kota edisi April 1997. Justeru Siti di anggap hebat kerana terdedah dengan media daripada Indonesia yang diketahui sukar untuk menerima artis dari seberang. Siti juga di sifatkan sebagai artis pertama Malaysia mengadakan persembahan live di dalam stesyen televisyen IndoSiar, seterusnya melebarkan sayapnya apabila setiap albumnya laku dan laris di Indonesia. Siti juga telah mengadakan konsert tournya di bandar-bandar besar seperti Jakarta, Bandung, Yogjakarta dan lain-lain.

     Singapura:- Beliau diterima baik di Singapura selepas popular duet Mawarku. Siti juga mengadakan konsert solonya di Habour Pavillion dan di katakan menerima bayaran sebanyak SS120,000 atau kira-kira RM270,000. Siti juga kini adalah nama besar di Singapura.

     China:- Siti menang sebagai Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai pada 1999.


    Australia:- Siti menang sekali lagu untuk South-Pacific Asia Song Contest pada 1999 dengan lagu Satu Cinta Dua Jiwa yang di alih bahasa menjadi We'll Be As One. lagu ini juga menjuarai carta Top/ Pop 40 di sana.

   Kazakhstan:- Siti menang pertandingan Voice of Asia sekaligus menewaskan 14 peserta negara lain.

    Jepun:- Siti mula ke Jepun selepas tahu rakaman lagu 'Percayalah' daripada salah satu siri konsertnya di Tokyo di minati ramai pada tahun 2002. Siti juga mengadakan konsert di Yokohama pada tahun 2003.



    London:- 1 April 2005- tarikh sepuluh tahun Siti di bidang seni menjadi saksi alunan lagunya di Dewan Di-Raja Albert, London. Siti mengadakan konsert solonya di sana dan ianya mendapat sambutan baik rakyat Malaysia dan England. Siti menjadi penyanyi asia kedua mengadakan konsert di sana selepas Lata Mangeshkar dan artis kedua mengadakan persembahan selepas Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Konsert Siti Nurhaliza buat pertama kalinya mengadakan konsert secara besar-besaran iaitu pada tahun 1999 yang dinamakan sebagai Konsert 'LIVE' Siti Nurhaliza, dalam usia 3 tahun keberadaannya didalam bidang seni. Sesuatu yang boleh dikatakan impresif kerana Siti hanya memerlukan masa 3 tahun untuk mengadakan konsert solo secara besar-besaran dan mendapat sambutan. Siti seterusnya terus menyerlah dipentas konsert dengan Konsert Mega Siti Nurhaliza yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Jun 2001. Konsert yang berharga lebih RM 1 juta mempertontonkan Siti melakukan 'penerbangan' dengan menggunakan tali sebelum mendendangkan Lakaran Kehidupan.


 Selain konsert yang menyanyikan lagu-lagu dendangannya sendiri, Siti juga sudah mengadakan konsert tribute untuk Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad dalam Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir pada 2002 dan Konsert Istana Cinta untuk P. Ramlee dan Saloma pada 2007, dan kedua-duanya diadakan di Istana Budaya.

 Sebelum mencipta sejarah yang lebih besar, Siti terlebih dahulu mencipta sejarah melalui Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004 di mana Siti mengadakan konsert jelajah di 14 buah lokasi seluruh Malaysia dan seterusnya mengadakan Siti Nurhaliza Indonesia Tour pada tahun yang sama, sebelum kembali bertukus lumus menjalani latihan untuk konsert solo yang dinamakan Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall, London dimana Siti mengalunkan lebih 30 buah lagu pada malam konsert yang penuh bersejarah itu didewan berprestij dunia, Dewan DiRaja Albert, London. Ianya bertambah bermakna apabila bertepatan dengan tarikh 1 April 2005 dimana Siti turut menyambut ulang tahun ke-10 kariernya di dalam bidang seni. 

 Konsert di London adalah konsert yang terakhir diadakan Siti sebelum berkahwin. Kepopularitian Siti tidak pudar begitu sahaja apabila konsert seterusnya selepas berkahwin seperti Konsert Penghargaan untuk pengguna Olay Total Effects mendapat sambutan di luar dugaan. Begitu juga untuk tahun 2009, Siti mempersembahkan Konsert Satu di Istana Budaya pada Jun lepas, juga konsert Seribu Warna pada November lalu, semuanya masih mendapat sambutan sama seperti sebelum beliau berkahwin.

                       Siti Situ Sana Sini Diuruskan di bawah syarikat pengurusan milik sendiri, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 1998, Siti terus cemerlang mencanting kariernya. Mempunyai rancangan TV sendiri, 3D Siti dan Selebriti Sukan juga Citarasa Bersama Dato' Siti Nurhaliza yang ditayangkan pada Ramadhan lepas, melancarkan produk kosmetik/ kecantikan sendiri (Simply Siti), menaungi artis seperti Siti Saida, Siti Saerah dan kumpulan Coda melalui SNP, menubuhkan Yayasan Nurjiwa untuk kerja-kerja amal, menubuhkan anak-anak syarikat Siti Nurhaliza Collections, SN Mobile Digital (M) Sdn. Bhd. dan Siti Sound Sdn. Bhd, turut menjadi artis pertama Malaysia mengadakan konsert live melalui talian internet, menjadi seorang komposer, berlakon untuk pertama kali dalam Teater P. Ramlee The Musical sebagai Azizah dan penampilan khas sebagai diri sendiri didalam filem pendek, Zaleha Ayam Patah, menjadi Bintang Paling Popular Malaysia dan juara Voice of Asia serta Artis Serantau Paling Popular dan akan menyambut ulang tahun ke-15 didalam industri seni, Siti terus memahat namanya di dalam bidang seni muzik Malaysia dan akan terus dikenang sebagai penghibur era ini. Biar pelbagai halangan, dugaan dan cabaran, cemuhan ketika mengambil keputusan bernikah, terluka dengan kata-kata serta umpatan keji masyarakat yang membencinya, dan menelan airmata atas kepergian allahyarham bapanya ke rahmatullah pada Februari lalu, SITI NURHALIZA masih di sini.

LIN DAN Lost Chong Wei Win!! 2011


Chong Wei Tewaskan Lin Dan




KUALA LUMPUR – Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei membenam musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England.
Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.
Pemain tinggi lampai itu mempamer serangan agresif yang gagal ditangkis Lin Dan.
Kemenangan kali kedua Chong Wei dalam All-England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton di arena itu manakala penyokong Malaysia di tanah air mengikutinya siaran secara langsung menerusi televisyen satelit.
Sementara itu beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula gagal mengulangi kejayaan 2007 apabila kecundang pada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark.
Meskipun memiliki kelebihan setelah menang set pertama dan memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan, Koo dan Tan akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia itu dengan pungutan mata 21-15, 18-21, 18-21.
Dalam saingan perseorangan wanita, Wang Shixian dari China dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Eriko Hirose dari Jepun 24-22, 21-18.
Rakan sepasukannya Wang Xiaoli dan Yu Yang pula mudah mengenepikan Mizuki Fujii/Reika Kaiiwa dari Jepun 21-2, 21-9 sekaligus menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.
China turut menggungguli acara beregu campuran apabila Xu Chen/Ma Jin menewaskan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand 21-13, 21-9. – BERNAMA

Jumaat, 4 Oktober 2013

Syukur Alhamdulillah Buah Hati Taleeb Mizad 2013

SYABAS 
TALEEB MIZAD
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Assalammualaikum..
 Hari ni nak cerita buat album terbaru Taleeb Mizad yang Berjudul Syukur Alhamdulillah 
  tapi sebelum tu nak cerita biodata ataui pengenalan diri Taleeb Mizad dekat korang semua..


Abdul Muttaleeb Mizad @ Taleeb Mizad


  diumumkan pada 15 Disember 2012 di Anugerah Planet Muzik Singapura, tidak ramai yang mengenali beliau. Anak muda kelahiran Muar, Johor Darul Takzim ini sememangnya seorang anak muda yang berjiwa seni dan seharusnya dijadikan contoh anak muda yang berjaya dikalangan belia. Taleeb Mizad, dilahirkan di Muar Johor pada 6 Februari 1989 merupakan anak keempat dari 5 adik beradik.

Tokoh Bistari


Taleeb Mizad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (2) Batu Pahat. Beliau merupakan seorang pelajar aktif dan telah menjadi anak emas sekolah tersebut.Beliau turut mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR dan mendapat anugerah tertinggi di sekolah iaitu 'Tokoh Bestari'.Beliau adalah satu-satunya pelajar pada tahun tersebut yang dapat melanjutkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan.

Aktif di SDAR

Sepanjang beliau di SDAR, beliau bergiat aktif dalam menyumbangkan bakat seni beliau apabila menyertai Simfoni Orkestra SDAR dari tahun 2002-2006 dan beliau telah bertanding di peringkat negeri, kebangsaan malahan peringkat antarabangsa. Beliau menyertai Pertandingan Pancaragam dan mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan pada tahun 2002.Beliau merupakan ketua seksyen instrumen flute di SDAR. Sepanjang itu, beliau telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan bersama Simfoni Remaja Kebangsaan yang diadakan di Istana Budaya.Beliau turut menyertai pertandingan Wind Orchestra di Kuala Lumpur Convention Centre sempena Persidangan Pendidikan Muzik Sedunia (ISME) pada tahun 2006.
Selain daripada minat dalam bidang seni, beliau turut aktif dalam bidang sukan bola sepak dan futsal. Beliau telah memenangi Kejohanan Bola Sepak bawah 15 tahun di peringkat Negeri Sembilan semasa di SDAR.

 Bekas Matrikulasi

Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) selama dua tahun (2007-2008) dan telah mewakili KMNS dalam sukan bola sepak dan menjadi presiden futsal KMNS pada tahun 2008. Beliau disegani di matrikulasi kerana bakat beliau yang hebat dan tidak sombong dengan kawan-kawan malahan pensyarah di KMNS. Selepas tamat pengajian di KMNS, beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai Johor Bahru dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina.

Kaki Bola&Futsal

Setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Teknologi Malaysia, beliau aktif melibatkan diri mewakili universiti dalam sukan futsal dan mwakili futsal UTM 2009-2012 sempena MASUM (majlis sukan universiti malaysia).Beliau merupakan presiden Student Athlete Sport Council (majlis tertinggi sukan UTM) 2012-2013,ketua Pasukan futsal UTM skudai 2011-2013,pengurus pasukan Futsal UTM skudai 2012-2013, Selain daripada sukan bola sepak dan futsal, beliau juga berbakat dalam melakukan aksi gaya bebas bola sepak. Di channel Youtube beliau, terdapat banyak video Joga Taleeb yang menyaksikan aksi beliau dengan bola sepak. Selain itu, Taleeb Mizad pernah mengadakan persembahan 'Freestyle' di Putrajaya dihadapan Menteri Belia Dan Sukan YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek pada tahun 2011, membuat persembahan Football freestyle di Pavilion sempena Malaysian Arts Style international Festival (MASiF) 2010 dan SAFWA HEALTH IDOLA BOLA 2010 Finalist pertandingan football freestyle di Ampang.

Anugerah Dekan

Di universiti, beliau dikenali juga dengan bakat beliau dalam bidang seni bidang Sarjana Muda Sains Seni Bina atas bakat beliau yang mahir membuat lukisan sketch secara free hand permandangan dan bangunan bersejarah seperti Eiffel Tower dan Taj Mahal.Beliau pernah mendapat Anugerah Dekan dan mengekalka prestasi terbaik dalam bidang pelajaran. Beliau juga mahir menggunakan software untuk membuat pelan 3D bangunan menggunakan Google Sketchup, AutoCad dan Lumion. Beliau juga mahir menggunakan Adobe After Effect untuk membuat efek2 khas seperti yang ada di Channel Youtube beliau 'Taleeb Mizad' yang berjudul 'Tiga Abdul'.

Bersama RTM 

Beliau banyak mendapat jemputan untuk membuat persembahan nyanyian bersama atau tidak bersama gitar di peringkat universiti dan kebangsaan. Beliau pernah membuat persembahan ketika Suara Siswa di UTM bersama Dr Fadzley anjuran bersama RTM. Beliau juga pernah membuat persembahan nyanyian bersama Rahmat Mega ketika Kayuhan Hijau UTM. Beliau turut menjadi pengacara, membuat persembahan nyanyian, flute, drum dan freestyle ketika acara berprestij TERANG! 2011 Architectural Workshop peringkat Malaysia di UTM Skudai.

Pemenang "Nova Media Baru" Anugerah Planet Muzik 2012


Taleeb Mizad juga pernah mejadi Finalist (best 15) Best Dressed Real Men ESQUIRE di wardrobe Bangsar Kuala Lumpur pada tahun lepas. Hasil usaha beliau sendiri yang banyak membuat video 'cover' lagu-lagu artis yang popular tempatan dan antarabangsa seperti Ombak Rindu, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Im Yours dan Sudah Cukup Sudah. Dan pada tanggal 15 Disember 2012, beliau telah memenangi Anugerah 'Nova Media Baru' di Anugerah Planet Muzik 2012 di The Max Pavilion Singapore atas undian orang ramai bagi Youtubers di peringkat Asia Tenggara. Dan hasil usaha dan rezeki beliau itu, beliau kini berada dibawah naungan Hijjaz Records dan Music Valley Music (MVMProductions). Kini beliau dalam proses pembikinan Album Pertama dan beberapa Single. Antara komposer yang terlibat adalah seperti Adi Sixth Sense, Sham Kamikaze dan Hijjaz.

Belia Contoh

 Taleeb Mizad merupakan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya dan menjadi artis atau public figure yang disegani dan menjadi contoh terbaik bagi generasi anak muda zaman ini. Beliau mempunyai falsafah tersendiri, 'Saya menggunakan kelebihan menggunakan teknik Imaginasi dan Seni ke dalam setiap perkara yang saya lakukan. Sebagai contoh, bermain futsal adalah seni percaturan dan gaya bebas bola sepak adalah seni imbangan' . Semoga apa yang dihajatkan oleh anak muda ni sentiasa disokong dan mendapat perhatian peminat tanah air dan di peringkat asia tenggara.

Kahwin "Restu Cinta"



Pada sabtu 22 Jun 2013 Taleeb Mizad disahkan Suami kepada Juliana Nazarudin bersamaan 13 Syaaban 1434.. Semoga perkahwinan mereka kekal bersama hingga ke anak cucu.. InshaAllah Amin..

 ALBUM Syukur Alhamdulillah 2013

Akhirnya pada 3 Oktober 2013 aku dapat memiliki album terbaru Taleeb Mizad yang berjudul Syukur Alhamdulillah..

 Ceritanya bergini pada 23/ 9/2013 aku dengan gigihnya excited mencari Album taleeb ni pada waktu lunch aku tak pergi makan tapi aku g turun KL sekitar bandaraya untuk cari Album taleeb punyer pasal huhu first aku g dekat Sogo KL cari punyer cari Sogo KL dah tak ada kedai Jual CD /DVD so ok xper aku leh terima dah tak kedaikan nak wt cmne hhuhu then aku pergilah Pertama Complex dengan harapan adolah kan pergi dan pergi alaaa tak kedai Music valley mahupun Speedy lak tapi ada kedai buku Agama mesti ada jual pergi alamak tak ada gak huhu frustt xper gigih cari lagi pergi lak Medan Mara aduhhh pun sama tak ada gak dekat kedai jual2 buku kerohanian hhuhuh pergi bangunan mara yang baru malas nak cari tanye kaunter pertanyaan sini ada Kedai CD/DVD tak? pekerja tu bgtahu tak ada lagi.. aku waktu tu macam nk pengsan dah hahaha letih sangat semuanya tak ada huhu pastu last choice Maju junction rasa ada Music valley sebab pernah meet & greet dengan Maher Zain ketika 2010 so pergi dengan muka happy yeahhhhh haha pergi2 #eh kenapa dah jadi kedai Counter Maxis ni?? mana music valley?? arghhhhh so g lah tanye kounter Pertanyaan.. ceritanya Music valley dekat Maju junction dah lama tutup huhu Ya Allah aku time tu frusttt giler r huhu tak tahu nak cakap apa dah... then balik office dekat menara PJD dengan KECEWA.. T_T

24/9/2013 
 Rancang keluar lagi time lunch nak cari lagi Album taleeb Mizad kali ni area jalan imbi lak dengan harapan adalah huhu 12.30pm pun sudah tiber aku menaiki monorail mengharungi setiap stesen satu stesen hingga stesen Imbi tempat pertama aku cari ke Berjaya Time Square setahu aku ada kedai CD/DVD dekat depan pawagam GSC Time Square.. ok nak pergi je erkkkk?? kedai lain?? eh mana kedai CD waktu tu aku g pawagam selalu nampak kedai CD ni tp dah tak ada lak? fuhhh kata dah pindah aduhh dah lah Berjay Time Square ni besar giler kedai sampai beratus2 jenuh aku nak cari ni huhu so macam biasa g bawah tanya kounter pertanyaan "Salam kak Kedai DVD dekat depan pawagam tu pindah kt mana ek?" akk tu say " Dah tutup Dik huhu" aduhh sedih pastu aku xputus asa cari lagi di Sungei Wang dan Bukit Bintang pergi Speedy cari punyer cari pastu tanye tokeh "ada tak Album taleeb Mizad yang pegang Gitar cover putih?" "apa leeb??" aduhh aku punyer geram rasa nk cili je hahaha "Bukanlah Taleeb Mizad" "ohh pegang gitar lelaki ye? xada lah " aishhhhhh panas je aku hahaha pastu aku pergilah Victoria Secret Dimana aku beli Tiket konsert Sami yusuf dan last2 Minit dibatalkan.. g Masuk cari album taleeb cari dan cari " boss Ada album baru lelaki ka??" tokeh kedai" ada Hafiz konsert MPO, lu mahu cari apa? Anuar Zain ? hahaha" Tergelak aku "bukann lahh hahaha, ini taleeb Mizad penyanyi baru malaysia, cover putih pegang gitar" "ohhhhh tak adalah ada hafiz Anuara zain yang latest" hampaaaa aku tak tahu dah nak cari kt mana huhuhu So Pilihan terakhir kalau tak ada ok aku give up!!! huhuhu pergi lot 10 pulak cari punyer cari aras 1 sampai akhir aduhhh xada gak dulu ada kedai sebelahi Center Iphone tp tutup jugak dah jadi keda Zara lak huhuhu so aku Tekad Give up!!! huhuhu dengan mata bertakung huhu T_T

SELAMA 8 HARI AKU BERSEDIH


3 / 10/2013 
Rancang nak lunch dengan mak selama berapa bulan kerja dekat JKR baru dapat lunch sama2 dengan sebab mak punyer Bangunan dekat DBKL jalan Raja Laut so sebelom nak g makan sama2 beli baju batik jap sebab ada sale katanya lepastu makan dekat Restoran Zam Zam Dekat jalan tunku Abdul Rahman lepas selesai berdating dengan aku dan mak aku pulang ke bangunan masing2 tiber - tiber aku lalu lah depan Kedai Pustaka Mukmin KL dan hati aku terdetik nak masuk tak tahu kenapa sebab waktu tu aku terpikir nak beli tau seriusss aku masuk dalam hati eh kenapa aku masuk sini ek? hurmmmmm aku pun heran dan satu ketika aku tersedar haaaa Album taleeb Mizad so aku pun pergilah mencari dekat rak CD2 dekat situ cari dan cari depan lah belakang lah tepi aikkk tak ada pun sekali aku padang ke atas Ya Allah Album Taleeb Mizad!!!!! dengan lafaz Syukur Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya huhu Aku tak pikir banyak2 ambil dan terus pergi dekat casher walaupun time duit tengah kering tak kisah aku sanggup beli sebab dah Niat nak beli terus ambil nnt tak ambil Hati ni tak lega so Finally Alhamdulilah sudah memiliki Album Taleeb Mizad hehe


Inilah Dia Album Taleeb Mizad -Syukur Alhamdulillah #Mabrouk!!

Ada 6 lagu dalam Album ni
Cover Album Dia amat Simple dan santai kena dengan Abg taleeb Mizad hehe
Lagu yang Dijangka HOT "Restu Cinta" , " Ku Bersyukur" & "Perutusan Rindu"
Target Album ni sesuai dengan Belia2 yang ada diluar sana dan juga kepada peminat - peminat tegar nasyid dan lagu2 Kerohanian
Vokal tak seperti Anuar Zain , Hafiz, Hazami atau Hazama yang perlu teknik2 vokal yang mantap tapi bagi Taleeb Mizad vokal dia jenis simple relax dan tenang ala2 macam Bruno Mars dan Jason Mraz
Taleeb Mizad boleh pergi jauh kerana ketampanan dia, bakat dia, pakej dia semua lengkap mungkin lepas ni Album Kedua bakal lagi MeleTOP dari yang so terus lah menyokongnya supaya mampu bergerak dengan lebih tinggi.. Lepas ni Nak request taleeb Mizad buat lagu Kerohanian version English mana tahu boleh pergi ke International insyaAllah Amin


Kesimpulan: Buat Diri fadz janganlah Excited dan berharap sangat nanti apa yang benda yang kita nak semua tak dapat pastu benda kita excited nak senang je dapat bergitulah hidup ini hehehehe


Selasa, 1 Oktober 2013

Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza (sabtu) Happening!

Konsert Lentera Timur
Sabtu
21/9/2013
Happening!


Salam hari ni nak cerita pasal Konsert Lentera Timur Siti nurhaliza di istana budaya memang best sangat!! meriah dan berwarna warni pasti akan meninggalkan kesan pada yang menonton yang tidak dapat
dilupakan, bermacam segmen yang dipertaruhkan dan gelagat yang ada pada Konsert lentera timur ni rugi siapa yang tak pergi sebab ini lah konsert menjulang warisan budaya kita semua.

Tolak dari Rumah 12pm !!!

haaa perangcangan memang nak bertolak kul 3pm tapi risau kan jalan Jam takut sesak so keluar awal lah tapi keluar awal xadalah terus pergi Istana Budaya tapi singgah makan dekat giant Cheras 


Pergi Giant makan tengah hari kannn haha bukan g shopping ok just makan My Mom Chicken Rice restoran milik Linda onn hehehe boleh tahan sedapnya 4 Star! hehehe ok lah tu kan hehehe

Rupanya Kul 2.30pm Baru bertolak ISTANA BUDAYA~

Lepas makan kenyang baru lah bertolak ke IB adoii dekat Lazer mall hingga jalan ke Viva mall jam teruk lak agak rimas lah gak kan huhuhu dengan kerja MRT yang bertahun lama akan siap huwaaaaa


sampai je dekat tokong cina KL tu baru jalan clear sikit Syukur Alhamdulilah terus berjalan dan berjalan tapi kita berjalan tapi kereta yang bergerak hihihi dalam pukul 3.45pm baru sampai ke Istana budaya seronoknya hehehe

ISTANA BUDAYA AKU DATANG

Ok sampai jugak akhirnya nasib baik semuanya ok dan dapat gak parking dekat sebelah IB xada lah jauh sangat dekat ok balik nnt xada r penat cari kereta hihi 



Ok Mood konsert lentera timur di hati dah membuak2 dah ni xsabar nak menyaksikan kan konsert malam ni weeee hati girang der hehehehe

Bersama Sitizoners datang AWAL!!


 bersama sitizoners yang hadir awal ada yang dari Sitizoners singapore bersembang lama sebab dah lama tak jumpa bila ada event siti je kita semua bersmebang hehehehe dari luar sampai ke cafe Istana budaya kami bersembang hahahahaha punyerlah lama xjumpakannn haha

Makin ramai Sitizoners Hadir awal!

Ini lah anatara Sitizoners yang hadir awal Sitizoners malaysia dan singapore bersatu weee hehehe :D


 kami bergambar bersama2 di depan poster Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza poster ni wajib ambil kenangan katanya hehehhe :D

 bergambar solo di depan poster Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza


 bersama si kecik si comel hahaha Ezwan Roslan peminat tegar Siti nurhaliza ni tau!! haha Kipas Susah mati :D

bersama perlakon yang meningkat naik siapa ek nama dia? ohh Karl Shafek  hahaha Lupa lak tapi dia tengah berlatih teater Madu Ku Kalut hehe

IKLAN hahaha

Starting 7pm tukar baju pakai hensem2


Pergi ke tempat persalinan dan siap sedia menukar pakaian yang lebih smart gitu hahaha
dah siap selesai semua apa lagi menuju ke Konsert Lentera timur lah weeee Excited giler lah time tu heheheh :D  Maklumlah konsert Tradisionla permata kot hehe
Bergambar bersama baju yang telah mencipta sejarah di London.. iaitu baju yang dipakai oleh Siti nurhaliza sewaktu membuat konsert Solo beliau di Royal Albert Hall, London Sejarah malaysia Tercipta..

Baju ni dipakai oleh Siti nurhaliza sewaktu membuat Konsert Gemilang Di Indonesia dan pada waktu konsert di Pekan Baru Suami Siti nurhaliza kemalangan Motor di New Zealands..

Baju pula dipakai oleh Siti Nurhaliza sewaktu menjayakan persembahan Khas untuk Anugerah Juara Lagu 2011 Waktu Siti nurhaliza diberi tepukan dan sorakan gemuruh oleh peminat muzik yang merindui Siti di AJL..

Baju ni dipakai oleh Siti nurhaliza sewaktu menghadiri majlis Anugerah melodi dan sekaligus menang Kategori Artis Wanita Pilihan walaupun sudah 18 tahun dalam arean muzik tetapi peminat masih memilih Siti Nurhaliza sebagai pemenang huhu 

Bersama baju Siti nurhaliza sewaktu masuk bertanding Separuh Akhir dalam AJL.. waktu ni Siti nurhaliza bertanding lagu tradisional yang berjudul "Badarsila" tarian manjenya membuat semua bersorak sakan ..

BERSAMA DESIGNER TERKENAL TANAH AIR!!
Aku bersama Rizman yang turut hadir untuk Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza rekaan baju juga dipamerkan di ruang Lobi Istana Budaya dan pada waktu konsert juga rizman ada juga rekan baju utk Siti cantik!! :) Apa2 pun tahniah! abg rizman sebab berjaya turun kan berat badan hehehe yeahhh :D

Aku bersama hattadolmat juga turut hadir ke Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza baju yang di design utk Siti juga ada dipamer di ruangan Lobi Istana Budaya :) dan Hatt juga ada design baju utk Siti waktu konsert Awesome! dan tahniah abg hatta makin hensem hehehe :D

Meet & Greet Bersama Kak SAIDA!!! 

 Rindu dengan kak saida hehe lama xnampak Alhamdulillah now kak saida dah bertudung Syukur Alhamdulillah semoga lepas ni terus berjaya InshaAllah amin jom posing2 hehehe


Kak Saida di apit oleh 5 Jejaka idaman dan 1 Wanita idaman kalbu #Sitizoners hahaha Snapp Cheesss!!! hehe

 Jejaka Idaman Istana Budaya hahahaha :P


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KAWAN2 SITIZONERS (yg sempat)

 Bersama Azhar Kent Putrajaya (Budak tuff!!) haha

 Bersama Muhd Azam (Lelaki Hot malaya) dan Khyree Singapore (DJ CTFM Comel) hahaha

Berdua bersama Muhd Azam Setiawangsa ( jejaka Bunga) hahaha

Bersama Ezmiey Pulau pinang (Jantan Mantap meleTOP) hahahahaha

Bersama abg Ameer Hot Men! dari perlis hehehe

Bersama adik Amirul Hakeem dari perak (Budak cute Malaya UITM) hahaha



PELANCARAN KONSERT LENTERA TIMUR OLEH FADZ (saje2)




Di Black karpet Istana Budaya bergambar di poster OTM ramai sgt Wartawan nak ambil gambar katanya padahal semua dok bergambar sendiri hahaha Ok SNAP! 


Alhamdulillah majlis Pelancaran konsert Lentera Timur Dirasmikan oleh aku fadzoners wkakakaka kalau korang nak tahu aku sign pakai brush shadow Simply Siti wkakaka :D


 Selepas siap sign dan pelancaran apa lagi posing depan Potret Solo Siti Nurhaliza wokeyhhhh DONE! :) Malam kul 8.30pm konsert siti bermula hahhaha :P

DALAM ISTANA BUDAYA PANGGUNG SARI..

 antara sebahagian Sitizoners yang duduk RM81 sporting habis giler hehehe

 RM111 pun ada gak Sitizoners yang disana dan juga RM 81 belah sana semua sporting merata2 tempat Sitizoners menjerit hahaha

 Alamak mcm busy je hahahahahah
ni je yang leh ambil gambar sebelom start konsert huhuhu

KONSERT BERMULA!!!

PEMBUKAAN : Medley Makyong dan Ala Donde










Konsert bermula dengan lagu Medley sedayung makyong dan Ala donde untuk membuat kejutan kepada semua penonton fokus ke pentas... Siti Nurhaliza berjaya membawa tarian makyong dengan perfect! Walau siti buat mak yong tidak lama tetapi kesungguhan yang ada pada diri siti membuat semua penonton TERUJA!! bukan mudah membawa tarian makyong nampak mudah tapi susah nak ikut :)

NIRMALA DAN KURIK KUNDI TARUHAN KEDUA




Siti nurhaliza meneruskan konsert dengan lagu tradisional kontemporari dan Evergreen iaitu Lagu Nirmala dan Kurik kundi.. Lagu Nirmala ni siti buat persembahan sama macam siti masuk AJL sangat meriah dan terbaik hehe teringat siti masuk Anugerah Juara Lagu dulu2 huhuhu tapi ada gimik sikit iaitu Siti membuat gimik meniup sumpit ke arah 3 belon tapi 2 yang berjaya di sumpit hehe ok lah tu hehe :)
 Lagu kurik kundi lagu yang dinantikan juga kerana lagu ni banyak bahasa digunakan dari seluruh negeri dan siti berjaya membawanya dengan mudah dan terhibur dengan segmen tarian perbagai tarian yang di perbagai negeri Awesome!

MEDLEY BUNGA MELOR DAN MAHLIGAI PERMATA TARUHAN KETIGA

Siti Nurhaliza mengimbas kembali sejarah dirinya.. darah seni dipeturunkan dari datuknya, Bachik Abdul Rahman sewaktu dulu menjadi seorang pemain Biola. Datuknya ada kumpulan Muzik bersama ibunya (Salmah bachik) dan ibunya juga seorang panyanyi pada ketika dulu.. Siti Nurhaliza banyak belajar tenik2 dan lenggok2 lagu melayu menerusi ibunya.. kata Siti sewaktu kanak2 dulu datuknya pernah nyanyi lagu bunga melor untuk siti ikon Budaya sekarang ni dan kini Bunga Melor siti tujukan khas utk Datuknya.. dan seterusnya lagu Mahligai permata..

LAGU MERAJUK PULAK.. (PATAH HATI , JANJI &

KAU PERGI TANPA PESAN)


Siti Nurhaliza sempat bergurau, lagu seterus ni adalah lagu yang dinyanyikan jika siti merajuk dengan Datuk k/Dato k haaa antara lagu2 kegemaranya ketika merajuk adalah Patah hati, Janji dan Kau Pergi tanpa Pesan.. Lagu Patah seribu membuat semua rasa nak menangis dengan suara dan vokal siti yang sangat mantap!! serius.. lagu janji pula macam biasa lagu berentak merajuk jugak tapi jenis fast dan unik dan akhir sekali lagu Kau Pergi tanpa pesan membuat semua tergelak bila siti kata Aduhh du du du du mem buat semua geli hati dan siti pun turut kena kan penonton hahaha yang tak leh belah waktu isey ni pakai misai Datuk k hahaha sengal ubi betol hahah



DIKIR BARAT PAHANG VS KELANTAN





Siti Nurhaliza jugak pandai berdikir barat dan menampilkan Kumpulan Dikir Akademi Arjunasukma. Wahhh ini yang ku tunggu2 sebab siti tak pernah berdikir barat kann :) Siti Nurhaliza berduet dengan dari program bintng mencari bintang yang bernama Isey Fazlisham yang berasal dari kelantan, Isey ni protege kepada Sabri Yunus kalau tengok gelagat dia sama macam sbari yunus hihi Memang best isey ni pandai berlawak sampai semua xkering gusi tengok gelagat dia sampai dia kenakan siti dan siti pun kenakan dia hahaha lucu banget! Uniknya Segmen dikir barat ni Siti berdikir barat tetapi berloghat Orang pahang manakala Isey loghat Kelantan best giler!! memang dikir barat boleh digunakan perbagai bahasa terbaik!!




SETERUSNYA MEDLEY MASRI, KAPARINYO dan SULAM SEMBILAN
Persembahan ok menghiburkan dengan keunikan lagu2 melayu dan tarian2 melayu vokal siti xperlu dipertikaikan membuat semua terasa Teruja dan syahdu~



MEDLEY JANGAN DITANYA, JOGET KASIH TAK SUDAH dan JOGET PAHANG



Seterusnya ala2 konsep muzikal yang menjadi kesinambungan dalam persembahan konsert ini tmpak lebih meriah dan suasana tersebut hidup.. Lagu Jangan Ditanya , Joget Kasih Tak Sudah dab Joget Pahang di jadikan sebuat muzikal membuatkan semua penonton fokus dan menghayati apa yang ingin disampaikan disamping vokal melayu siti nurhaliza..

Medley Bulan Yang Mesra. 4 Dara & Hati Kama (Telakar Gempak)



Sangat terhibur dan sangat telakar giler hahaha part Bulan Mesra tu kita down dengan lagu yang mendayu2 tiber2 keluar je 4 Dara pingintan yang over gilerr lah haha dengan gediknyalah dengan kebaya ketat diorang lah adoiii meluat giler aku tengok hahaha xtahu nak terang cmne tapi saksikanlah video ni hahaha dan Hati kama versi Solo memang terbaik dah lama siti tidak nyanyi lagu ni serius MeleTOP hehe

http://www.youtube.com/watch?v=XPHKgGZPThQ

Beat It Version Tradisional

Rasanya ini lah kali pertama kot Muzik tradisional bawak lagu Beat It... ia mengabungkan Muzik pop rock + Muzik tradisional kalau di = pasti AWESOME! haha menghasilkan irama yang cukup indah kalau lah Michael Jakson masih hidup mesti dia bangga dengan malaysia hehe..




Dato'M.Daud Kilau (Cek Mek Molek & Laksamana Raja Di Laut)



Tiber2 lepas layan Beat it terdengar suara siti mengumumkan nama M.Daud Kilau utk beraksi di pentas habis seluruh penonton di panggung sari, Istana budaya gamat giler hahaha mana taknya Lagenda Muzik Melayu dan ikon Seni masuk pentas teriakk lah semua haha pelik jugak awatlak badan M.Daud kilau ni besar tiber2 dia bukak baju minah2 dekaty depan semua histeria hahaha LOL rupanya dia pakai baju berlapis2 nak buat semua suspen aku ingat dh xada baju rupanya ada dan ada lagi hahaha lawak2 hahaha saksikan video ni:-

http://www.youtube.com/watch?v=SRZWZUd4u2o

Ketawalah Lagi (Senaman Mulut)



Seterusnya, Siti Nurhaliza mengajak kita semua bergelak sakan tak kisah semua yang ada dalam dewan tu semua kena gelak.. yang telakar kak siti turun bawah cari penonton dan usik suruh ketawa LOL hahahaha .Siti kata ketawa adalah untuk diri kita supaya lebih ceria dan lebih sihat sentiasa. Ingat saje je nak gelak tipu2 tapi biler tgk mamat 3 org tu membuat aku terasa nak gelak sampai guling2 hahaha pastu masuklak 4 dara tu habisss berdekah aku gelak hahahah




BAHTERA MERDEKA (VOKAL PERFECT)

Terpikir gak kenapa siti bawak lagu Bahtera merdeka? ohhh kita baru menyambut hari malaysia memang patut siti bawak lagu ni memang perfect giler vokal siti serius!! Bahtera Merdeka version ni siti pernah bawak masa tabung Pahlawan tapi sayang tak ada siapa yang record dan akhirnya siti nyanyi LIVE depan aku hohoho giler derrr vokal berhantu giler meremang bulu roma aku hahaha terbuai2 aku lepas habis aku rasa macam nak suruh je siti ulang balik hahahha :P

BIARLAH RAHSIA (LENGGOK MELAYU ASLI)



Apa aku nak katakan lagu Biarlah rahsia ni arghhhhhhhhhhhhhhh awesome giler lain dari yang lain sebab sebelom ni siti pernah bawak versi balada, rock dan jazz tapi kali ni tradisional pulak ya Allah!!! kenapa siti tak pergi international bawak lagu melayu macam ni huhu seriusss menangis semua dengar sebab terlampau teruja sangat!! huhuhu Apa yang penting permulaan lagu ni siti main gamelan Alhamdulillah LULUS hahaha


PAKNGAH SUHAIMI (COVER)


Persembahan diteruskan dengan memberi penghormatan kepada Bapa Irama Malaysia Tradisional, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau terkenal dengan nama Pak Ngah yang turut mengiringi persembahan selama hampir 2 jam ini. Tahniah kepada Pengarah Persembahan iaitu Lokman Ghani yang membawa elemen muzikal dan sketsa dalam persembahan konsert ini. Pak Ngah banyak membantu menaikan nama Siti Nurhaliza dalam Tradisional.


DAMAK Menjadi Pilihan


Kenapa di jadikan pilihan?? kerana lagu Damak ni ciptaan dari Pak ngah yang mempunyai kisah tersendiri. Selepas itu Siti memanggil Pak ngah bersamanya utk berikteraksi satu sama lain dari awal kemunculan Siti lagi. Lagu Damak antara lagu yang banyak lenggok2 yang mendayu dan membuai perasaan kepada yang mendengarnya...

MEDLEY BALQIS & YA MAULAI (AJL)



Kedua lagu ni kalau tak ada persembahan dan tarian hebat dari siti memang tidak sah kerana itu ia dapat mengembalikan suasana meriah.. macam biasa persembahan di buat pun seperti sewaktu kegemilangan Siti dalam Anugerah juara lagu cuma tak ada 100% persembahan sama macam AJL yang dulu cuma ada je part tarian yang sama tetapi kesemuanya hebat dan Awesome! :)

CINDAI (Sentiasa Di hati)


Lagu Cindai sgt wajib dan sentiasa perlu dibawa tak kisah dalam malaysia mahupun luar malaysia kerana dengan lagu cindailah siti naik sampai ketahap sekarang ni dan dengan lagu cindai lah peminat2 siti membesar dan semakin membesar hehehehe tapi Cindai kali ini sangat berbeza kerana siti bawa lagu ni seperti cindai sewaktu dia di puncak Roayal Albert hall London ohhh terasa macam di london hehe

Popaleh Weh (Lagu baru 2013)




Sebagai penutup, Siti Nurhaliza memilih lagu yang berentak rancak berjudul Popaleh Weh. Siti turut bergendang di pertengahan lagu ini. Lagu Popaleh Weh ini adalah nyanyian lagu ciptaan baru yang mengambil judul loghat negeri Pahang, negeri kelahiran siti.Dikatakan ini adalah lagu lama negeri Pahang yang diberi nafas baru oleh Siti Nurhaliza. kalau korang nak tahu Siti nurhaliza pernah bawak lagu ni LIVE  di Majlis Penutup Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2012 di Stadium Darul Makmur. Untuk lagu ini, Siti Nurhaliza menggunakan kemahirannya memukul gendang bersama beberapa pemukul gendang. MERIAH GILER!!!


MEET & GREET BERSAMA SITI NURHALIZA



Bergambar dengan Siti Nurhaliza selepas selesai Konsert Seronok!! hehehe

Bersama sebahagian Sitizoners yang hadir dan menyokong dan happening dalam konsert Lentera Timur Sabtu 21/9/13 Kenangan terindah!! :)

SITI TUNAIKAN IMPIAN KAMI!

Buku ni lah yang mengumpul semua suara2 peminat Siti yang dari kalangan Sitizoners yang berhasrat dan mengindam Konsert Tradisional terbesar yang pelu Siti Nurhaliza bawa dan kini Alhamdulillah kak Siti tunaikan permintaan kami.. Lepas ni Go To International pulak belum dicapai lagi tungguuuu hehehe




Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text