Ads 468x60px

Rabu, 27 Jun 2012

Ular Berbisa Di Temui - PSIS



 ULAR KATAM BELANG PUTIH HITAM




Salam semua ni ada cerita sikit untuk Warga Politeknik Sultan Idris Shah .. please Share tauu Hope lepas ni korang Warga PSIS lebih berhati2 ye lepas dengar cerita dari fadz =/

Tadi dalam kul 8.00 pm saya dan kawan saya Hasyim Ruslan baru lepas balik belikan nasi goreng yang dikirim dari kawan2 asrama kerana gara2 Cafe Asrama tidak dibuka.. Selepas itu kami pulang dengan keadaan yang tenang dan berborak kosong atau sembang kosong.. selepas sampai di Pusat Islam ke belok susur gajah berdepan PI kami ternampak sesuatu benda yang pelik lalu di bawah lantai jalan .. kami pun pelik dan berhenti seketika kerana Terkejut! melihat benda yang berjalan itu beralun2 kawan saya hasyim say " Fadz ular lah" berkata, " Ya Allah ye lah ular!! hasyim sulur2x gan lampu" sebab waktu nak tengok ular berbentuk apa.. selepas kami sulur lampu kami amat terkejut sekali lagi ia berbentuk belang2 hitam putih amat pantas sekali... "Eh! hasyim nk tangkap lah..." hasyim"cepat2 aku dah sulur dah ni" fadz "alaaaa hset aku xada flash gelappp ", kami mohon maaf sebab xdpt ambil kerana keadaan sgt gelap dan lampu yang ada pun kurang lain lah kalau ada lampu bilik dh lama tangkap huhu so kami pun biarkan ular itu berlalu ke dalam tasik.. memang rasa fobia sgt xsangka ada ular berbisa di sekitar PSIS hurmmm so fadz berharap korang pada waktu malam berhati2lah ketika berjalan disitu atau sekitar tasik pada waktu malam sila pandang bawah pandang depan pandang kiri pandang kanan, jangan pandang belakang hihi ^_^


Disini Ada sedikit info untuk kawan2x PSIS:-



Ular merupakan sejenis haiwan pemangsa yang amat di geruni, ini kerana patukan ular amat berbisa dan boleh membawa maut
jika tidak di tangani dengan secepat dan sebaik mungkin. Namun begitu, cuma satu peratus kematian di catatkan akibat
patukan daripada ular yang berbisa. Merujuk daripada buku TEKNIK IKHTIAR HIDUP, karya Mejar (B) Mohd.Yusuf Abdullah,
terdapat 37 speisis ular berbisa daripada 141 speisis ular-ular yang terdapat di Malaysia. Dari jumlah 37 itu, 16 speisis dari
ular darat dan 21 speisis drp keluarga ular air. Walaupun secara amnya ular-ular speisis ini hanya menyerang jika ianya
terancam, tetapi terdapat speisis ular yang menyerang tanpa apa-apa sebab seperti bushmaster atau mamba (rujukan: The Survival
Handbook; Peter Darman - Headline Publisher)(2)



2. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan serangan ular, antaranya tips keselamatan British
SAS.

1. Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya menyerang apabila seseorang memijak badannya secara tidak sengaja
2. Jangan menghampiri,cuba memegang atau bermain-main dengan ular yang kita temui
3. Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau galah dan bukan menggunakan tangan
4. memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular ialah di bahagian bawah kaki.
5. Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur, sleeping bag, kasut, stokin dan beg untuk mengelakkan ular
bersembunyi di situ
6. Jika terserempak dengan ular, BERTENANG dan berundur perlahan-lahan ke belakang
7. Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan kayu panjang dan memukul ke arah kepalanya, AWAS, ular
yang cedera lebih merbahaya dari ular-ular normal yang lain, oleh itu pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.

selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi menangani serangan ular:-

1. Periksa kawasan sekitar sebelum anda mengambil sesuatu drp tanah
2. Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. ualr amat menyukai kawasan tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya
dengan hanya berjuntai di ranting kayu.
3. Sentiasa membawa senjata tajam seperti parang ataupun pisau
4. Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat membantu jika salah seorang drp mereka di serang atau di patuk ular
5. Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular. Ia berguna untuk panduan sekiranya anda berada di kawasan yang
terdapat haiwan ini.
6. Elakkan berenang atau mandi di kawasan air yang keruh.
7. Gunakan belerang untuk menghalau kehadiran ular di tapak perkhemahan
8. Bagi tujuan keselamatan, semua spesis ular hendaklah di anggap berbisa



3. JENIS-JENIS ULAR di MALAYSIA

"............ is like nuclear warfare. There are no winners, only survivors."
- Frank Gifford, NY Giants halfback
Secara amnya ular-ular berbisa di negara ini bolehlah dikelas kan kepada empat jenis, iaitu:

1. Ular Tedung

Ia merupakan sejenis ular yang amat berbisa. Sifatnya pula boleh mengembangkan bahagian kepalanya seperti senduk.Beberapa jenis ular tedung
yang diketahui seperti
a) Tedung Selar (Naja hannah)
b) Tedung Senduk (Naja tripudians)
c) Tedung Abu (Naja bungarus)
d) Tedung tikus
Sifat fizikal ular tedung ini ialah bewarna hitam atau perang kekuning-kuningan bagi tedung selar. Di antaranya, tedung selar dikenali sebagai spesis yang
amat agresiff kerana gemar mengejar mangsanya

2. Ular Katam Tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah

Ia juga dikenali sebagai Malayan Pit Viper. Sifat fizikalnya berwarna belang-belang hitam dan merah atau belang2 hitam putih, bersaiz 2 hingga 3 kaki. Banyak terdapat di sekitar
kawasan kebun getah atau kelapa sawit

3. Ular Kapak

Ianya boleh dikenalpasti melalui bentuk kepalanya yang tigasegi. Ular Kapak selalu ditemui di kawasan tanah pamah ataupun pergunungan. Spesis ini boleh
menjangkau panjangnya sehingga satu meter, sementara warna badannya agak pelbagai seperti keseluruhan hijau atau hijau bertompok putih atau
campuran hijau, hitam dan kuning. Juga terdapat di kawasan paya bakau dan kawasan berdahan rendah.

4. Ular laut

Ular spesis ini gemar mendiami kawasan pantai dan juga perairan dalam. Selalunya spesis ini mempunyai ekor yang pipih bagi memudahkan mereka untuk berenang.
Ular laut ini di kenali sebagai spesis ular yanf amat berbisa seperti ular belerang (Pelamis Platurus)


4. TANDA-TANDA PATUKAN ULAR BERBISA

"There is never enough time to do everything that needs to be done, but there's always enough time to do what is important"
- Brian Tracy

Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis berbisa adalah seperti berikut:
1. Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas gigitan pada tempat yang di patuk
2. Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk
3. Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada bahagian yang di patuk
4. Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya
5. Penglihatan mangsa menjadi kabur



5. RAWATAN BANTU MULA @ First Aid

" Everything goes wrong every minute. What you do is fix it."
- Lt. General Gus Pagonis, chief of logistic for General H. Norman Schwarzkoft in Persian Gulf war.

1. Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan kawasan patukan dengan air.

2. Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan.

3. Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar.

4. Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya. Ini adalah sebagai langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular.

5. Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan yang terbabit dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat
peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet" ini hendaklah dilonggarkan selama kira-kira seminit bagi setiap sepuluh minit.
tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan cara ini pada mangsa patukan ular kapak @viper.

6. lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi jangan sapukan garam terus ke tempat patukkan

7 JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan untuk memgeluarkan bisa, gunakan alatan yang sesuai

8. Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke hospital yang terdekat.



Pls visit the below sites for more info.

http://www.tanngethong.com/index.htm

http://www.naturemalaysia.com/snake-bites.htm

http://www.theoutdoorlodge.com/survival ... s_six.html


Harap dapat membantu kawan2 semua supaya lebih berhati-hati.
InsyaAllah, doa, usaha dan tawakal adalah jalan terbaik dari hanya
berdiam diri... Share2x tau

sekian:-
@Fadzoners  (Twitter)

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text