ULAR KATAM BELANG PUTIH HITAM
Salam semua ni ada cerita sikit untuk Warga Politeknik
Sultan Idris Shah .. please Share tauu Hope lepas ni korang Warga PSIS lebih berhati2 ye lepas
dengar cerita dari fadz =/
Tadi dalam kul 8.00 pm saya dan kawan saya Hasyim Ruslan
baru lepas balik belikan nasi goreng yang dikirim dari kawan2 asrama kerana
gara2 Cafe Asrama tidak dibuka.. Selepas itu kami pulang dengan keadaan yang
tenang dan berborak kosong atau sembang kosong.. selepas sampai di Pusat Islam
ke belok susur gajah berdepan PI kami ternampak sesuatu benda yang pelik lalu
di bawah lantai jalan .. kami pun pelik dan berhenti seketika kerana Terkejut!
melihat benda yang berjalan itu beralun2 kawan saya hasyim say " Fadz ular
lah" berkata, " Ya Allah ye lah ular!! hasyim sulur2x gan lampu"
sebab waktu nak tengok ular berbentuk apa.. selepas kami sulur lampu kami amat
terkejut sekali lagi ia berbentuk belang2 hitam putih amat pantas sekali...
"Eh! hasyim nk tangkap lah..." hasyim"cepat2 aku dah sulur dah
ni" fadz "alaaaa hset aku xada flash gelappp ", kami mohon maaf
sebab xdpt ambil kerana keadaan sgt gelap dan lampu yang ada pun kurang lain
lah kalau ada lampu bilik dh lama tangkap huhu so kami pun biarkan ular itu berlalu
ke dalam tasik.. memang rasa fobia sgt xsangka ada ular berbisa di sekitar PSIS
hurmmm so fadz berharap korang pada waktu malam berhati2lah ketika berjalan
disitu atau sekitar tasik pada waktu malam sila pandang bawah pandang depan
pandang kiri pandang kanan, jangan pandang belakang hihi ^_^
Disini Ada sedikit info untuk kawan2x PSIS:-
Ular merupakan sejenis haiwan pemangsa yang amat di
geruni, ini kerana patukan ular amat berbisa dan boleh membawa maut
jika tidak di tangani dengan secepat dan sebaik mungkin.
Namun begitu, cuma satu peratus kematian di catatkan akibat
patukan daripada ular yang berbisa. Merujuk daripada buku
TEKNIK IKHTIAR HIDUP, karya Mejar (B) Mohd.Yusuf Abdullah,
terdapat 37 speisis ular berbisa daripada 141 speisis
ular-ular yang terdapat di Malaysia. Dari jumlah 37 itu, 16 speisis dari
ular darat dan 21 speisis drp keluarga ular air. Walaupun
secara amnya ular-ular speisis ini hanya menyerang jika ianya
terancam, tetapi terdapat speisis ular yang menyerang
tanpa apa-apa sebab seperti bushmaster atau mamba (rujukan: The Survival
Handbook; Peter Darman - Headline Publisher)(2)
2. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi
mengelakkan serangan ular, antaranya tips keselamatan British
SAS.
1. Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya
menyerang apabila seseorang memijak badannya secara tidak sengaja
2. Jangan menghampiri,cuba memegang atau bermain-main
dengan ular yang kita temui
3. Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau
galah dan bukan menggunakan tangan
4. memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular
ialah di bahagian bawah kaki.
5. Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur,
sleeping bag, kasut, stokin dan beg untuk mengelakkan ular
6. Jika terserempak dengan ular, BERTENANG dan berundur
perlahan-lahan ke belakang
7. Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan
kayu panjang dan memukul ke arah kepalanya, AWAS, ular
yang cedera lebih merbahaya dari ular-ular normal yang
lain, oleh itu pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.
selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi
menangani serangan ular:-
1. Periksa kawasan sekitar sebelum anda mengambil sesuatu
drp tanah
2. Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. ualr amat
menyukai kawasan tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya
dengan hanya berjuntai di ranting kayu.
3. Sentiasa membawa senjata tajam seperti parang ataupun
pisau
4. Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat
membantu jika salah seorang drp mereka di serang atau di patuk ular
5. Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular.
Ia berguna untuk panduan sekiranya anda berada di kawasan yang
6. Elakkan berenang atau mandi di kawasan air yang keruh.
7. Gunakan belerang untuk menghalau kehadiran ular di
tapak perkhemahan
8. Bagi tujuan keselamatan, semua spesis ular hendaklah
di anggap berbisa
3. JENIS-JENIS ULAR di MALAYSIA
"............ is like nuclear warfare. There are no
winners, only survivors."
- Frank Gifford, NY Giants halfback
Secara amnya ular-ular berbisa di negara ini bolehlah
dikelas kan kepada empat jenis, iaitu:
1. Ular Tedung
Ia merupakan sejenis ular yang amat berbisa. Sifatnya
pula boleh mengembangkan bahagian kepalanya seperti senduk.Beberapa jenis ular
tedung
a) Tedung Selar (Naja hannah)
b) Tedung Senduk (Naja tripudians)
c) Tedung Abu (Naja bungarus)
Sifat fizikal ular tedung ini ialah bewarna hitam atau
perang kekuning-kuningan bagi tedung selar. Di antaranya, tedung selar dikenali
sebagai spesis yang
amat agresiff kerana gemar mengejar mangsanya
2. Ular Katam Tebu, ular katam belang, ular katam kepala
merah
Ia juga dikenali sebagai Malayan Pit Viper. Sifat
fizikalnya berwarna belang-belang hitam dan merah atau belang2 hitam putih,
bersaiz 2 hingga 3 kaki. Banyak terdapat di sekitar
kawasan kebun getah atau kelapa sawit
3. Ular Kapak
Ianya boleh dikenalpasti melalui bentuk kepalanya yang
tigasegi. Ular Kapak selalu ditemui di kawasan tanah pamah ataupun pergunungan.
Spesis ini boleh
menjangkau panjangnya sehingga satu meter, sementara
warna badannya agak pelbagai seperti keseluruhan hijau atau hijau bertompok
putih atau
campuran hijau, hitam dan kuning. Juga terdapat di
kawasan paya bakau dan kawasan berdahan rendah.
4. Ular laut
Ular spesis ini gemar mendiami kawasan pantai dan juga
perairan dalam. Selalunya spesis ini mempunyai ekor yang pipih bagi memudahkan
mereka untuk berenang.
Ular laut ini di kenali sebagai spesis ular yanf amat
berbisa seperti ular belerang (Pelamis Platurus)
4. TANDA-TANDA PATUKAN ULAR BERBISA
"There is never enough time to do everything that
needs to be done, but there's always enough time to do what is important"
- Brian Tracy
Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis
berbisa adalah seperti berikut:
1. Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas
gigitan pada tempat yang di patuk
2. Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk
3. Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan
pada bahagian yang di patuk
4. Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya
5. Penglihatan mangsa menjadi kabur
5. RAWATAN BANTU MULA @ First Aid
" Everything goes wrong every minute. What you do is
fix it."
- Lt. General Gus Pagonis, chief of logistic for General
H. Norman Schwarzkoft in Persian Gulf war.
1. Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan kawasan
patukan dengan air.
2. Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan.
3. Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar.
4. Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya.
Ini adalah sebagai langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular.
5. Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan
yang terbabit dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat
peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet" ini
hendaklah dilonggarkan selama kira-kira seminit bagi setiap sepuluh minit.
tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan cara ini
pada mangsa patukan ular kapak @viper.
6. lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi
jangan sapukan garam terus ke tempat patukkan
7 JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan
untuk memgeluarkan bisa, gunakan alatan yang sesuai
8. Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke
hospital yang terdekat.
Pls visit the below sites for more info.
http://www.tanngethong.com/index.htm
http://www.naturemalaysia.com/snake-bites.htm
http://www.theoutdoorlodge.com/survival ... s_six.html
Harap dapat membantu kawan2 semua supaya lebih
berhati-hati.
InsyaAllah, doa, usaha dan tawakal adalah jalan terbaik
dari hanya
berdiam diri... Share2x tau
sekian:-