Ads 468x60px

Isnin, 11 Januari 2010

AIZAT JUARA DALAM ANUGERAH JUARA LAGU KE-24!!


KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2010: Acara kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) sememangnya menjadi satu malam terindah dalam hidup bekas pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Muhammad Aizat Amdan atau Aizat, 20, apabila lagunya, Pergi, menjuarai pertandingan berprestij itu yang berakhir dengan gah di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi.


Lagu yang cukup indah hasil karya Pete Teo itu berjaya merangkul hadiah utama iaitu wang tunai RM35,000 berserta trofi. Aizat sendiri mencatat sejarah peribadi apabila turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku ciptaan beliau sendiri. Ternyata idea kreatif untuk membuat persembahan bersama sekumpulan murid sekolah membuahkan hasil lumayan apabila merangkul RM10,000 lagi untuk kategori itu.

Kekuatan lagu Pergi boleh dianggap sesuatu yang istimewa kerana ia menonjolkan konsep persembahan bercorak 1Malaysia daripada Aizat sambil menyelitkan satu tribute kepada pemimpin negara serta anak seni yang telah pergi buat selama-lamanya iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Dato' Sudirman dan Yasmin Ahmad.



Penyertaan pertama Yunalis Zarai atau Yuna di AJL24 juga turut menjadi kenangan manis buat pelajar jurusan undang-undang di UiTM, Shah Alam itu kerana telah memenangi tempat kedua menerusi lagu Dan Sebenarnya hasil ciptaan beliau sendiri bersama Paan, Efry dan Adil. Yuna membawa pulang wang tunai RM15,000 bersama trofi.

Manakala nama yang tidak asing lagi dalam AJL, Faizal Tahir yang muncul bertongkat, tidak kurang membanggakan apabila lagu nyanyian beliau, Bencinta merangkul tempat ketiga. Faizal membawa pulang wang tunai RM12,000 bersama trofi. Bencinta dicipta oleh Audi Mok dengan lirik oleh Faizal sendiri.

Satu lagi anugerah iaitu Vokal Terbaik dimenangi oleh Hanifah Md Hanafiah, 22, atau pun Black menerusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu. Juara Mentor 3 ini meraih wang tunai RM10,000 dan trofi.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang diiringi isteri Datin Seri Utama Masnah Rais serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan.

AJL24 yang dilaporkan menelan kos produksi kira-kira RM2 juta itu telah dihoskanFaizal Ismail oleh , Ally Iskandar dan Cheryl Samad. Ia turut menampilkan muzik yang dimainkan oleh mini orkestra pimpinan Ramli MS.

Apa yang nyata malam tadi, kesemua artis memberikan persembahan terbaik masing-masing terutama Bunkface, Alyah, Akim, Stacy dan Hafiz. Tidak ketinggalan beraksi adalah Tomok, Hujan dan Estranged.

Suasana di Stadium Putra begitu meriah sekali apabila dibanjiri dengan puluhan ribu peminat yang datang sejak lewat petang. Penonton turut teruja apabila kumpulan Search muncul pada segmen selingan dengan mendendangkan lagu hit 80-an, Pawana dan Fantasia Bulan Madu.

JNFO FROM MURAI.COM..THANKS..

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text