Ads 468x60px

Rabu, 13 Mei 2009

Aizat Tempat ke-3 Artis Antarabangsa...

Aizat Bolot Tempat Ke-3 Di Bulgaria



KUALA LUMPUR, 12 MEI 2009: Selepas meraih kemenangan dalam Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) melalui kategori Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan, 20, terus meraih kejayaan di peringkat antarabangsa pula menerusi Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 di Varna, Bulgaria, semalam.


Aizat yang mempertaruhkan lagu popularnya Lagu dan Hanya Kau Yang Mampu telah meraih kejayaan tempat ketiga Lagu Terbaik (Lagu Kita) selain Anugerah Khas Juri.


Tempat pertama Lagu Terbaik dibolot oleh wakil dari Itali dan Russia dan barulah diikuti Malaysia. Bagi kategori Persembahan Terbaik pula, ia dimenangi oleh wakil China, Sepanyol dan Mesir. Seramai 20 peserta dari seluruh dunia bertanding dalam festival muzik itu.



Ketika ini Aizat masih berada di London bersama kakaknya dan bakal pulang ke Kuala Lumpur pada 15 Mei ini.


Apa yang pasti, Aizat telah mencipta rekod terbaik apabila namanya semakin gah dengan bermulanya pencalonan dalam Anugerah Juara Lagu 2008, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, AIM16 dan seterusnya Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009.


Krew murai.com.my mengucapkan tahniah atas kejayaan itu dan mahu Aizat terus menyinar dalam industri muzik tempatan malah tidak mustahil di tahap antarabangsa.


Malah, pencapaian Aizat ini boleh dijadikan contoh buat semua artis baru dan membuktikan bintang yang lahir daripada program realiti TV khususnya Akademi Fantasia (AF) bukanlah mi segera.



p/s: fadz bangga dengan aizat sebab mengharumkan nama malaysia..tahniah r...
hope aizat mengikuti jejak Dato sitinurhaliza seorang profersional...
selamat mengharungi dunia seni yang penuh cabaran...

Tiada ulasan:

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text