Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Ketika menyanyikan lagu selawat beramai-ramai, Siti tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata. Namun, Siti masih bijak mengawal perasaannya. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
TIADA banyak perubahan ketara yang dilakukan di dalam teater Muzikal Islam ‘Sirah Junjungan’ yang dipentaskan buat kali kedua mulai semalam, 9 Mac hingga 22 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Selain tajuknya yang ditambah ‘Tahajud Cinta’, pengarahnya, Eirma Fatima atau sebelum ini dikenali sebagai Erma Fatima membuat perubahan dari segi latar set, props, beberapa orang pelakon, dan pertambahan penyanyi latar.
Jika dahulu, hanya penyanyi Jamal Abdillah, Al-Fahmy, Tuty dan Salleh dari kumpulan Brothers yang menyinari muzikal tersebut.
Kali ini, masih mengekalkan Jamal, Eirma turut menjemput beberapa penyanyi popular seperti Amy Search, Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi.
Penyanyi-penyanyi ini akan melakukan persembahan nyanyian mengikut giliran iaitu Jamal mulai semalam hingga 14 Mac, Siti (18-20 Mac), Mawi (21 Mac) manakala Amy (22 Mac).
Mereka mendendangkan lapan buah lagu iaitu Asmaul Husna, Nabi Anak Yatim, Ya Rasulullah Salamun ‘Alaik, Tala Al Badru, Labaikallah, Solla ‘Alaikallah, Ya Rasulullah dan selawat.
Ketika menonton persembahan pertama semalam, Jamal dan Salleh Brothers bergilir-gilir mendendangkan lagu. Siti juga dijemput menyanyikan lagu Nabi Anak Yatim.
Antara babak dalam pementasan ‘Sirah Junjungan’ yang dipentaskan baru-baru ini.
Ketika menyanyikan lagu selawat beramai-ramai, Siti tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata. Namun, Siti masih bijak mengawal perasaannya.
Dari segi latar set, pembaharuan yang dilakukan lebih menarik dan sedap mata memandang.
Props yang lebih meriah juga banyak membantu pelakon dan penonton untuk menghayati dan menggambarkan seolah-olah mereka berada di zaman Rasulullah S.A.W.
Misalnya, di awal pembukaannya, props lampu bulat dan besar digunakan sebagai simbolik cahaya yang menyinari umat manusia selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Selain itu, rumah Khadijah juga kelihatan cantik berbanding dahulu.
Visual yang dipaparkan menerusi layar skrin juga membantu penghayatan cerita. Misalnya visual tentera Abrahah dan tentera Quraisy yang berbalah dan simbolik Allah mendatangkan burung-burung Arbabil yang menyerang dan menghancurkan tentera Abrahah dengan membaling batu-batu ke arah mereka.
Permainan warna juga membantu memberikan gambaran yang membolehkan penonton berfikir dan membuat perbandingan antara satu babak ke satu babak
Suara lunak Jamal turut menghiburkan penonton yang hadir pada pementasan ‘Sirah Junjungan.’
Misalnya, warna hijau mewakili tentera Islam manakala warna merah melambangkan tentera Umaiyah Khalaf. Warna tersebut juga digunakan untuk menunjukkan syaitan.
Dengan bantuan muzik orkestra yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan, kesan bunyi dan lagu-lagu dapat disampaikan dengan baik dan ‘menyegarkan’.
Beberapa pelakon juga telah ditukar seperti Vanida Imran yang menggantikan watak isteri Rasulullah, Siti Khadijah Khuwailid lakonan Norish Karman, Rabecca Nur Islam melakonkan watak Hendon yang sebelum ini dibawa oleh Ellie Suriati dan Syukor yang melakonkan watak Saidina Ali yang pernah dipegang oleh Azri Iskandar.
Sementara pelakon lain dikekalkan iaitu Mazlan Tahir sebagai pencerita dan suara latar Muhammad, Ahmad Yatim (Abu Talib), Rosdeen Suboh atau Kudin (Maisarah), Sahronizam Noor (Hamzah/ Sawadah), Aman Graseka (Usman), Yus Waisar (Abu Bakar), Wong Sip Nen (Umaiyah Khalaf), Lakshman (Talha/ Abu Lahab), Jeganathan (Nabih/ Abu Sofyan), Jesse Lim (Najdi/ Abhrahah/ Washi), Norsiah Yatim (Fatimah), Abu Bakar (Ayah/ Abu Al-Bakhtari) dan Taiyuddin Bakar (Bilal).
Dianggarkan kira-kira 250 orang pelakon yang digunakan untuk menghidupkan muzikal terbitan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia ini.
Para pelakon turut terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) termasuk artis budaya Istana Budaya.

Pelbagai babak menarik yang penulis boleh kongsikan. Antaranya adalah peristiwa hijrah dari Mekah ke Yathrib (Madinah) selepas sejam setengah pementasan berlangsung.
Selain itu, lakonan Taiyuddin Bakar sebagai Bilal bin Rabah yang direjam dengan batu besar kerana tunduk kepada Allah S.W.T. Taiyuddin memang berhak dipuji kerana menghasilkan lakonan yang meninggalkan kesan.
Begitu juga watak Umaiyah Khalaf yang dilakonkan oleh Wong Sip Nen. Lakshman juga sekali lagi berjaya membawa watak Talha dan Abu Lahab yang kejam dengan baik.
Props lampu bulat dan besar digunakan sebagai simbolik cahaya yang menyinari umat manusia selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Babak semasa Hendon (Rabecca) mengamuk selepas kematian bapanya lalu membunuh dan mengunyah jantung Saidina Hamzah sebagai membalas dendam turut menarik perhatian penonton.
Jika pementasan yang pertama pada tahun lalu, Ellie mengaku dia memakan hati mentah seperti yang diarahkan oleh pengarah.
Namun, kali ini Rabecca memaklumkan yang dia hanya diberikan bantal kecil bagi menggantikan hati mentah.
Sirah Junjungan bermula dengan memaparkan sejarah kehidupan bangsa Arab Quraisy yang begitu taksub menyembah berhala dengan perilaku yang amat rendah.
Dalam muzikal ini, turut dipaparkan bagaimana mereka amat bongkak mengharungi kehidupan, menyeksa hamba-hamba abdi dan wanita serta menjadikan wanita pemuas nafsu.
Pada saat kelahiran Muhammad, turut dihambarkan tangisannya telah menggegarkan seluruh Kota Mekah lalu menumbangkan semua berhala yang mengelilingi Kaabah.
Selain itu, babak kisah Muhammad yang disampaikan oleh Maisarah mula menambat hati Khadijah dan akhirnya dijodohkan turut diceritakan dalam muzikal ini.
Paling menyentuh hati, apabila babak terakhir ketika baginda wafat yang membuatkan ramai penonton yang menitiskan air mata.
Begitulah fitrah manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Pemiliknya. Rasulullah pergi buat selama-lamanya menemui yang amat dicintainya.
Apa yang tercatat didalam poster Sirah Junjungan boleh direnung bersama:Ketika Islam dicabar..Rasulullah S.A.W dihina. Bangkitlah wahai umat Muhammad demi mempertahankan akidah dan kebenaran yang diyakini.
Saksikan teater Muzikal Islam Sirah Junjungan Tahajud Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 9 hingga 22 Mac.
Tiket pada harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 juga boleh didapati dengan menghubungi 03-4026 5558.
sumber: mStar online & Blog Camille...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan