Ads 468x60px

Khamis, 28 November 2013

ASEAN Japan Music Festival 2013 - Siti Nurhaliza

ASEAN JAPAN MUSIC FESTIVAL
2013
Voice Of Asia
SITI NURHALIZA

ASEAN-Japan Music Festival di Tokyo sempena 40th Year of Japan Friendship & Cooperation. Dato' Siti Nurhaliza dipillih bagi mewakili Malaysia disana. Bangga jadi rakyat Malaysia bila melihat persembahan Dato Siti Nurhaliza yang cukup hebat. Tahniah Dato Siti Nurhaliza.walaupun 7 Tahun tidak jejak kaki di Japan tetapi peminat - peminat negara matahari terbit tetap meminati mu sehingga kini Syabas!!! Jom tengok gambar2 Siti Nurhaliza sewaktu di ASEAN Japan Music Festival 2013 Gambar kredit by Rozi Abdul Razak dan EpieTemerloh (jurumakeup siti disana)






Pakaian yang simple dan cantik ada corak kemalayuan disitu Nice!! :)


Siti Nurhaliza bersama penari2 yang turut menyerlahkan persembahan siti..

Siti Nurhalia di temu ramah oleh wartawan2 di japan..

 Siti Nurhaliza di apit bersama Wakil penyanyi dari negara Asean yang Terbaik!!

Siti Nurhaliza with Agnes Monica masing2 mempunyai kelebihan yang tersendiri.. Last siti pernah berduet dengan Agnezmo waktu lagu "Overprotected" di jakarta Indonesia
Di Atas belah kanan siti nurhaliza bersama Perdana Menteri Japan !!
Siti Nurhaliza di serbu oleh penyanyi negara Brunei, Singapore, Myammar dan thailand


 
Setiap Penonton yang hadir akan dapat biografi yang diberi seperti diatas.




SITI NURHALIZA bersiap sedia!

Walaupun berdebar siti nurhaliza tetap berikan senyuman dan bagus dekat camera walaupun jantung berkencang laju.. Respect!

Siti Nurhaliza membawa lagu secara Medley Biarlah Rahsia, koibitoyo dan Nirmala dikatakan persembahan siti nurhaliza dapat tepukan dan sorakan paling gemuruh! tahniah!

Tahniah Siti Nurhaliza sebab banggakan nama Malaysia dengan kesopanan mu Proud of you!
Selesai je Siti Nurhaliza dapat sijil penghargaan dari menteri japan di belakang pentas! Tahniah hehe

JOM Tengok Gambar2 Siti Nurhaliza sebelum membuat persembahan!






Semua gambar2 ni sentuhan dari Epietemerloh terima kasih menjadikan Siti seorang lagenda dan Diva disegani! makeup pun penting ok! hehe







Nice and very nice semua face Siti Nurhaliza Awesome singer in the World


Siti Nurhaliza Pulang ke Tanah Air~


Sewaktu siti nurhaliza buat persembahan di ASEAN Japan Music Festival 2013.. Syarikat Twitter telah pun Verifield Account milik Siti iaitu @CTNurhaliza11 now siti dikenali seluruh dunia !!


















Khamis, 21 November 2013

Fadz Pemenang Harian Bonanza Nestle! Syukur Alhamdulillah 2013

Tahniah! FADZ
Antara Pemenang
HARIAN Bonanza Nestle!!!



Assalammualaikum.. Hari ini nak cerita kemenangan fadz dalam peraduan Bonanza Nestle 2013 Syukur Alhamdulillah.. 

Ceritanya.. waktu tu pergi Sogo KL saja jalan sambil cari barang2 pantri pejabat.. cari lah barang keperluan cari punyer cari ok dah dapat dah barang yang nak beli.. pastu tiber2 nampak lak bermacam2 air dekat sana oh tidak aku kehausann pergi dan cari.. cari dan cari sedar xsedar ada untie tu panggil "adik meh try air yougurt Bliss sedap maaa" aku dengan muka blur erkkkkkk "nak beli ke tak ek?? hurmmmm" dan tiber2 untie keluar satu borang peraduan " Beli lahh sambil beli kamu boleh menang punyerr Bonanza Hari Keluarga Malaysia" aku "wow! serius ke?? " untie tu lak " seirusly maa mari masuk mana tahu kamu menang ? Why not?? Just Cuba jelah Menang Tak menang Belakang cerita sebab setiap satu pembelian RM1 akan dimasuk kan dalam tabung Amal Rumah - rumah anak yatim piatu di malaysia" aku ni pantang dengan bunyi amal je pasti nak masuk so aku pun beli satu botol Nestle Bliss dan untie tu pun dengan senyum riang bagi borang peraduan tersebut dua lak tu haha tak kisah ler janji aku masuk ngeee.. aku pun pergi beli 2 sampul surat terus hehe pastu balik office...



Ini lah Dia Tawaran hadiah menarik dari Nestle Kesemuanya Beharga RM2,600,000 !! fuhhh banyak hehe

 Ini adalah cara2 nak masuk dia just jawap 3 soalan dengan betul pastu yang paling bestnya "Hadiah Harian Pilihan Saya Adalah ?" wahhh aku punyer Excited pilih so aku pilih "Samung Galaxy" maklum lah teringin naik main Instagram kannn hihihi dan same kertas lagi satu pun aku jawap sama gak dan hantar bersama barang pembelian dia Then Pos!! hehehe

 Dapat SMS dari Nestle!!!

Mula kehidupan dengan biasa dan tenang tiber2 pagi tu dapat SMS dari nestle yang menyatakan "Tahniah Anda Antara pemenang Nestle Bonanza Harian" aku baca lah banyak kali betol ke? ke org saje main2 tapi tengok no.macam CENTER2 punyer no.kann so Happy giler melompat2 hahhahahaa Habis kecoh satu Bahagian Latihan Dan Penyelidikan,JKR tengok website yelah ada nama fadz di situ heheheheh :D Minggu Kedua pada 10 september 2013 bersama 20 pemenang yang lain... ^_~



Selepas Berapa BULAN.....

Ye selepas berapa bulan eh tak ada 6 bulan apa ke hehe dalam 2 bulan agak Tekanan gak menunggu benda free ni kan tapi tak per aku bersabar je menunggu hehe tunggu punyer tunggu xsampai lagi serius dowhh tido xlena makan lena lak hahaha kerja asyik pikir bila lah nak sampai ni bila lah Lori GDex huhu sampai menuggu datang tak tiber kann huhu, sampai Tarikh 21/11/2013 dalam pukul 4pm Tibernya Hadiah yang ku tunggu2 Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh Muka excited giler tengok kawan BLP laila pegang satu bungkusan dari GDex ya Allah syukur Alhamdulillah...

AKhirnyaaa......


Akhirnyaaa Samsung Galaxy Grand i9082 di tangan ku!! hehehe yeahhhhhh Tq Nestle!! Luv u support barangan Nestle hehe xsia2 ikut cakap untie Sogo KL tu tq so much sebab promote dekat fadz happy hahaha TQ kak Liala, kak Tengku, Kak Wahida, Abg Je Di, Abg Zul, Abg Rashidi, Abg Ikmal, Abg Nasrul, Abg Ikhwan, Abg Sam, Kak Emi, Kak Farah, Kak Miza, Kak Yasmin, kak Fiza, sebab doakan yang terbaik utk fadz BLP Forever!! hahaha





Jumaat, 15 November 2013

Siti Nurhaliza - Lebih Indah Lirik (Lagu Baru 2013/2014)




Lirik Lebih Indah - Siti Nurhaliza 2013

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah


Di sekelilingmu ada dinding dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama 
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan 
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana 

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya 


Video Lirik:-

Video Lebih Indah Siti Nurhaliza LIVE





Santai

Ahad, 6 Oktober 2013

Siti Nurhaliza Tarudin Official





               Siti Nurhaliza Tarudin adalah satu figura dunia seni Malaysia yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Namanya sudah mengharum wangi... dari KL ke KL ke KL (Kuala Lipis ke Kuala Lumpur ke Kota London). Siti Nurhaliza (kini Hajah Datin Dato Seri) adalah salah sebutir bintang dan pertama yang telah di lahirkan dari bumi Malaysia telah mula menggegarkan industri seni tanahair bermula tahun 1995 apabila beliau menjuarai Pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (Bintang HMI) pada tahun yang sama anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Namun tahukah anda karier seninya sebenarnya tidak bermula di sini? Sebaliknya ianya sudah bermula semasa Siti Nurhaliza masih 'hijau' dalam menongkah arus kehidupan... ikuti kisah seorang bintang... Dato' Siti Nurhaliza Tarudin jsm, sap, aap, pmp,dimp


Kelahiran Seorang Siti Nurhaliza Tanggal 11 Januari 1979, 29 tahun dahulu di Berek Polis, Kampung Awah, Temerloh, Pahang... seorang bayi perempuan telah di lahirkan. Anak keempat kepada Puan Siti Salmah Bachik dan Arwah Tarudin Ismail itu di lahirkan tanpa ayahnya berada di sisi kerana sedang bertugas di luar kawasan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota polis. Bayi ini di namakan Siti Nurhaliza. Membesar bersama abang dan kakaknya, Saiful Bahri Tarudin (Ayie) dan Siti Norsaida Tarudin (Saida), Siti Nurhaliza dibesarkan penuh dengan kasih sayang daripada kedua ibubapanya. Adik beradik beliau yang lain ialah Saiful Lizan dan adik-adiknya, Siti Saerah, Mohd Ali dan Mohd Hafiz, manakala seorang abangnya (yang sulung), meninggal ketika masih kecil (Al-fatihah).




        Siti Nurhaliza membesar sebagaimana kanak-kanak lain, tidak dilimpahi kemewahan namun bersyukur dengan apa yang diperolehinya, apa yang ada di kongsi bersama. Kanak-kanak ini amat aktif bersukan dan mula menunjukkan bakatnya sejak di Tabika Kemas di Kuala Lipis dengan mengadakan persembahan bersama-sama rakan setadika dan sememangnya beliau mewarisi bakat seni yang hadir dalam diri ibunya, iaitu seorang penyanyi lagu-lagu asli yang dikenali suatu ketika dahulu...









        Pernah kerana malu, Siti melarikan diri sewaktu sebuah majlis perkahwinan berlangsung di kampungnya di Kampung Awah, Temerloh kerana di panggil untuk menyanyi dan malu. Namun beliau terpaksa akur apabila beberapa kanak-kanak lain berjaya mengejar dan menangkapnya...

Jejak Bintang... Tidak terhenti setakat itu... Siti Nurhaliza terus rapat dan akrab dengan seni apabila sering menyertai pertandingan nyanyian, antaranya menang untuk Karnival Lipis dengan menyanyikan lagu 'Bahtera Merdeka' dan juga 'Sireh Pinang' sehingga memenanginya tiga tahun berturut-turut. Ada juga individu yang sehingga marah kerana jika beliau memasuki sesuatu pertandingan, pasti beliau akan merebut gelaran juara... paling tidak di tempat kedua dan ketiga.


         Siti juga menjadi vokalis untuk kumpulan yang telah ditubuhkan bersama pakciknya Abdul Rahim Bachik yang di panggil 'Ayah Rahim' oleh Siti, iaitu kumpulan Family Group. Dengan 'Family Group'lah beliau mengasah bakatnya dan akhirnya beliau tekad untuk menyertai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 seawal umurnya 16 tahun. Namun beliau sedikit terkilan dan kecewa kerana tidak menjuarai Juara Mingguan program tersebut yang akan ke final. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Siti di panggil semula oleh pihak RTM kerana salah seorang peserta menarik diri. Siti juga bertambah bertuah apabila menerima perhatian daripada Mr. Tan Su Loke dari Suria Records dan menerima bimbingan dan didikan daripada komposer ternama Adnan Abu Hassan. Dengan penuh yakin, bergaun merah dan mendendangkan 'Camar Yang Pulang' nyanyian asal Aisyah, Juara Program Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) jatuh ke tangan Siti Nurhaliza Tarudin.




             Berkembangnya sekuntum bunga... Sejurus menjuarai Bintang HMI 1995, banyak syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa menawarkan kontrak artis rakaman untuk Siti Nurhaliza. Namun atas tunjuk ajar Suria Records (SRC) dan kesungguhan yang di tunjukkan Mr. Tan Su Loke sehingga ke rumah keluarga Siti di Kuala Lipis, akhirnya Siti Nurhaliza menandatangani kontrak sebagai artis rakaman Suria Records. Apabila bergelar artis rakaman, album solo pertama Siti Nurhaliza pun di terbitkan. Sewaktu proses memasukkan vokal, Siti berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu pada Jumaat dengan menaiki bas ekspres dan di temani samaada ibunya atau abangnya dan pulang semula ke Kuala Lipis pada petang Ahad kerana Siti masih bersekolah.



           Akhirnya, pada 1hb April 1996, Album yang menggunakan judul namanya sendiri itupun di pasarkan. Ramai yang kagum dengan bakat yang dimiliki gadis dari Kuala Lipis ini. Kerjaya permulaan Siti sampai ke kemuncak apabila beliau memenangi Juara Lagu '96 melalui Jerat Percintaan (ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Hani MJ) selain menang Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik, seterusnya menang sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Jerat Percintaan) di Anugerah Industri Muzik 1997.


           Ramai yang meramalkan Siti akan cepat jatuh kerana beliau cepat naik. Bagi penggemar dan pemerhati industri muzik, Siti naik terlalu cepat dan 'overexposed', namun nasib terus menyebelahi beliau biarpun Siti juga agak risau dengan kenaikan mendadaknya, apabila beliau terus diterima ramai dengan album ke-2nya, duet Mawarku dan Tiga Malam bersama 2 By 2, album asli 'Cindai' dan seterusnya hadir dengan album pop ketiganya, Adiwarna yang menggondol Album Melayu Terbaik serta Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999.


           Sedekad yang terus utuh... Siti Nurhaliza kini nama besar di Malaysia dan Indonesia... Siti Nurhaliza berjaya menghasilkan album-album solonya yang terus sukses seperti Pancawarna, Sahmura, safa, Sanggar Mustika, EMAS, Prasasti Seni, Transkripsi sehinggalah yang terbaru, Hadiah Daripada Hati, Tahajjud Cinta. Beliau juga adalah penyandang Bintang Paling Popular 5 kali berturut-turut (1998-2001) dan pada 2004 dan 2009, serta Penyanyi Wanita Popular di Malaysia buat 13 tahun berturut-turut.

Siti Nurhaliza juga berjaya menempa nama di persada antarabangsa, antaranya:-

         Indonesia:- Siti sudah menjadi nama besar di republik ini. Pendedahan Siti yang pertama di Indonesia ialah apabila tersiarnya artikel berkenaan Siti dengan tajuk 'Belum Punya Teman Dekat' di akhbar popular republik itu iaitu POS Kota edisi April 1997. Justeru Siti di anggap hebat kerana terdedah dengan media daripada Indonesia yang diketahui sukar untuk menerima artis dari seberang. Siti juga di sifatkan sebagai artis pertama Malaysia mengadakan persembahan live di dalam stesyen televisyen IndoSiar, seterusnya melebarkan sayapnya apabila setiap albumnya laku dan laris di Indonesia. Siti juga telah mengadakan konsert tournya di bandar-bandar besar seperti Jakarta, Bandung, Yogjakarta dan lain-lain.

     Singapura:- Beliau diterima baik di Singapura selepas popular duet Mawarku. Siti juga mengadakan konsert solonya di Habour Pavillion dan di katakan menerima bayaran sebanyak SS120,000 atau kira-kira RM270,000. Siti juga kini adalah nama besar di Singapura.

     China:- Siti menang sebagai Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai pada 1999.


    Australia:- Siti menang sekali lagu untuk South-Pacific Asia Song Contest pada 1999 dengan lagu Satu Cinta Dua Jiwa yang di alih bahasa menjadi We'll Be As One. lagu ini juga menjuarai carta Top/ Pop 40 di sana.

   Kazakhstan:- Siti menang pertandingan Voice of Asia sekaligus menewaskan 14 peserta negara lain.

    Jepun:- Siti mula ke Jepun selepas tahu rakaman lagu 'Percayalah' daripada salah satu siri konsertnya di Tokyo di minati ramai pada tahun 2002. Siti juga mengadakan konsert di Yokohama pada tahun 2003.



    London:- 1 April 2005- tarikh sepuluh tahun Siti di bidang seni menjadi saksi alunan lagunya di Dewan Di-Raja Albert, London. Siti mengadakan konsert solonya di sana dan ianya mendapat sambutan baik rakyat Malaysia dan England. Siti menjadi penyanyi asia kedua mengadakan konsert di sana selepas Lata Mangeshkar dan artis kedua mengadakan persembahan selepas Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Konsert Siti Nurhaliza buat pertama kalinya mengadakan konsert secara besar-besaran iaitu pada tahun 1999 yang dinamakan sebagai Konsert 'LIVE' Siti Nurhaliza, dalam usia 3 tahun keberadaannya didalam bidang seni. Sesuatu yang boleh dikatakan impresif kerana Siti hanya memerlukan masa 3 tahun untuk mengadakan konsert solo secara besar-besaran dan mendapat sambutan. Siti seterusnya terus menyerlah dipentas konsert dengan Konsert Mega Siti Nurhaliza yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Jun 2001. Konsert yang berharga lebih RM 1 juta mempertontonkan Siti melakukan 'penerbangan' dengan menggunakan tali sebelum mendendangkan Lakaran Kehidupan.


 Selain konsert yang menyanyikan lagu-lagu dendangannya sendiri, Siti juga sudah mengadakan konsert tribute untuk Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad dalam Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir pada 2002 dan Konsert Istana Cinta untuk P. Ramlee dan Saloma pada 2007, dan kedua-duanya diadakan di Istana Budaya.

 Sebelum mencipta sejarah yang lebih besar, Siti terlebih dahulu mencipta sejarah melalui Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004 di mana Siti mengadakan konsert jelajah di 14 buah lokasi seluruh Malaysia dan seterusnya mengadakan Siti Nurhaliza Indonesia Tour pada tahun yang sama, sebelum kembali bertukus lumus menjalani latihan untuk konsert solo yang dinamakan Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall, London dimana Siti mengalunkan lebih 30 buah lagu pada malam konsert yang penuh bersejarah itu didewan berprestij dunia, Dewan DiRaja Albert, London. Ianya bertambah bermakna apabila bertepatan dengan tarikh 1 April 2005 dimana Siti turut menyambut ulang tahun ke-10 kariernya di dalam bidang seni. 

 Konsert di London adalah konsert yang terakhir diadakan Siti sebelum berkahwin. Kepopularitian Siti tidak pudar begitu sahaja apabila konsert seterusnya selepas berkahwin seperti Konsert Penghargaan untuk pengguna Olay Total Effects mendapat sambutan di luar dugaan. Begitu juga untuk tahun 2009, Siti mempersembahkan Konsert Satu di Istana Budaya pada Jun lepas, juga konsert Seribu Warna pada November lalu, semuanya masih mendapat sambutan sama seperti sebelum beliau berkahwin.

                       Siti Situ Sana Sini Diuruskan di bawah syarikat pengurusan milik sendiri, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 1998, Siti terus cemerlang mencanting kariernya. Mempunyai rancangan TV sendiri, 3D Siti dan Selebriti Sukan juga Citarasa Bersama Dato' Siti Nurhaliza yang ditayangkan pada Ramadhan lepas, melancarkan produk kosmetik/ kecantikan sendiri (Simply Siti), menaungi artis seperti Siti Saida, Siti Saerah dan kumpulan Coda melalui SNP, menubuhkan Yayasan Nurjiwa untuk kerja-kerja amal, menubuhkan anak-anak syarikat Siti Nurhaliza Collections, SN Mobile Digital (M) Sdn. Bhd. dan Siti Sound Sdn. Bhd, turut menjadi artis pertama Malaysia mengadakan konsert live melalui talian internet, menjadi seorang komposer, berlakon untuk pertama kali dalam Teater P. Ramlee The Musical sebagai Azizah dan penampilan khas sebagai diri sendiri didalam filem pendek, Zaleha Ayam Patah, menjadi Bintang Paling Popular Malaysia dan juara Voice of Asia serta Artis Serantau Paling Popular dan akan menyambut ulang tahun ke-15 didalam industri seni, Siti terus memahat namanya di dalam bidang seni muzik Malaysia dan akan terus dikenang sebagai penghibur era ini. Biar pelbagai halangan, dugaan dan cabaran, cemuhan ketika mengambil keputusan bernikah, terluka dengan kata-kata serta umpatan keji masyarakat yang membencinya, dan menelan airmata atas kepergian allahyarham bapanya ke rahmatullah pada Februari lalu, SITI NURHALIZA masih di sini.

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text