Cara Mandi wajib Yang Betul dan Sah! =)
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukanya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukan dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi mebolehkan seseorang itu meratakan air seluruh badan yang zahir..
Penolong pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan kemajuan Islam malaysia (JAKIM), ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan bagaimanapun berdasarkan pengalamanya sebagai bekas kadi di pejabat Agama Islam gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi
majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib
iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib
tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah
akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika
ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi Wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. jika tidak mandi wajib seseorang itu Tidak SAH!.
Rukun mandi Wajib ada 3 perkara:-
Pertama: Niat
Kedua : menghilangkan Najis pada Badan
Ketiga: Meratakan Air ke seluruh anggota badan yang zahir
Niat mandi Wajib "SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA" atau "SAHAJA AKU MANDI WAJIB KERANA ALLAH TAALA".
Niat itu didalam hati
dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota
badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: " SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS HAID KERANA ALLAH TAALA". Manakala bagi
perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: " SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS NIFAS KERANA ALLAH TAALA".
Niat itu jika
dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh
salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh
anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu
juga tidak sah. Oleh itu
MANDI WAJIB YANG TIDAK SAH!!
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut imam Nawawi, jika kita ada Najis di badan, Najis itu boleh dibasuhserentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu
meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan
bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut
seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya,
tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu
bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran
yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah
kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh
dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain
inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan
dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh
itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia
hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih
dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang
rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang
begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut
rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut
menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah
faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan
sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam
hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini
juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang
telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi
wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib
pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3
sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak
keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya
melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan
anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan
menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi
pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi
selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada
waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum
tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.