Ads 468x60px

Rabu, 21 Januari 2009

Lentera Timur Siti Nurhaliza






..LENTERA TIMUR..
DATO'SITINURHALIZA


Lentera Timur is the thirteenth studio album from Malaysian pop singer-songwriter Dato' Siti Nurhaliza.
This album will be released after Christmas 2008 in Malaysia, Singapore and Brunei and at a later time in Indonesia. This is Siti Nurhaliza's fourth traditional (ethnic comtemporary) album after Cindai, Sahmura and Sanggar Mustika. Engaging mostly well known composers in producing ethnic songs and a few new ones which give a nice mix to this album that has great potential to be one of the hit albums in the industry.
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) produced this album with Suria Records (SRC) as the distributor featuring 11 songs for ethnic contemporary music lovers.
LIVE strings were used in recording this album which was conducted by Eddie Marzuki. Violins by Maya, Yip Siew Keen, Azlan and Yew Haan.
SN MOBILE DIGITAL
Lentera Timur album now available for
download!
Album Info
Released: After 25th Dec, 2008
Genre: Ethnic Contemporary
Length: Nil
Label: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Producer(s): Johari Teh, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki, Pak Ngah.



Track Listing
"Di Kayangan Kita" Johari Teh, Keon Lyrics
"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar Lyrics
"Cinta Ini" Katon Bagaskara Lyrics
"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad Lyrics
"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali Lyrics
"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun Lyrics
"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali Lyrics
"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot Lyrics
"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan Lyrics
"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun Lyrics
"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah Lyrics






APA KATA SITI???




LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang akan dipasarkan sebelum penghujung tahun ini yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).Siti yang amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit album kali ini amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings bagi semua lagu.Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iiatu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. ini akan diedarkan oleh Suria Records dalam bentuk cakera padat. Selepas Krismas kelak, album ini akan terdapat di pasaran.
...BARACK OBAMA PRESIDENT BARU AMERIKA SYARIKAT!!!...
Barack Obama Pictures, Images and Photos
WASHINGTON: Ikrar Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama untuk mewujudkan 'hala tuju baru' dalam hubungan dengan dunia Islam selepas menghadapi masalah selama lapan tahun di bawah bekas presiden, George W Bush dialu-alukan oleh tokoh Islam, tetapi pendiriannya terhadap isu Palestin masih dipersoalkan. "Ikrar hala tuju baru itu adalah sesuatu yang baik tetapi beliau perlu mengubah dasar negaranya terhadap konflik Israel dan Palestin terlebih dulu," kata pemimpin Nahdatul Ulama, Maskuri Abdilah yang mengetuai pertubuhan Islam terbesar Indonesia. "Penyelesaian isu ini amat penting kerana ia menjadi punca kepada semua keganasan dan ketegangan di antara dunia Islam dan Barat."
Dalam ucapan sulungnya sebagai presiden kelmarin, Obama selain berikrar mahu memperbaiki hubungan dengan dunia Islam, turut mengulangi janjinya ketika berkempen bahawa Amerika Syarikat akan 'mula menyerahkan Iraq kepada rakyatnya dan meneruskan usaha perdamaian di Afghanistan.' Obama, yang menghadapi cabaran hebat di kalangan dunia Islam - dari wilayah Palestin hingga ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan, akan memperkenalkan cara baru serta menjanjikan keseimbangan dalam pendekatan diplomatik, ketenteraan dan bentuk kuasa lain. Beliau juga berkata, pemuliharaan keselamatan selepas pasca 9/11 di Amerika, tidak akan diusahakan dengan mengetepikan idealisme kebebasan AS dan kedaulatan undang-undang, yang dikritik ke atas pentadbiran Bush dalam perangnya terhadap keganasan.
KELUARGA lima beranak Palestin makan dan minum dalam keadaan menyedihkan di kediaman mereka yang musnah dibedil tentera Israel di kem pelarian Rafah, selatan Gaza, kelmarin. Gencatan senjata membolehkan agensi antarabangsa menilai kemusnahan teruk di Gaza.
Barack's Little Girl Pictures, Images and Photos

Di PAKISTAN, seorang pemimpin kanan parti Jamaat-i-Islami, Khurshid Ahmed mengucapkan selamat berjaya kepada Obama tetapi agak hampa presiden baru itu masih sunyi sepi terhadap pembunuhan rakyat Palestin di Gaza. "Saya hanya mampu berdoa. Saya memegang harapan (terhadap Obama) tetapi turut bimbang," katanya. Di AFGHANISTAN, penganalisis dari Pusat Penyelidikan dan Kajian Dasar Haroun Mir berkata ucapan Obama memberi isyarat kuat bahawa beliau mahu memperbaiki hubungan dengan dunia Islam. "Sudah wujud keyakinan terhadap kepimpinan Obama di dunia Islam," katanya.
Loyal Pictures, Images and Photos

Jurucakap Taliban, Yousuf Ahmadi berkata kumpulannya yang digulingkan tentera Amerika pada 2001 tidak mempunyai masalah dengan Obama jika beliau mengundurkan tentera negaranya dari bumi Afghanistan. "Beliau mesti mengambil iktibar daripada pengalaman Bush dan tentera Soviet sebelum ini," katanya dari Kabul. Di GAZA, majlis mengangkat sumpah bersejarah Barack Obama tidak membawa sebarang makna. "Obama tidak akan menghidupkan semula suami saya," kata Leila Khalil yang kehilangan suami akibat dibunuh tentera Israel dalam serangan mereka ke atas wilayah Palestin itu. Di seluruh wilayah itu, penduduk tidak menaruh harapan tinggi Obama akan menghilangkan penderitaan mereka selepas tiga minggu dizalimi tentera rejim Zionis. "Tiada Presiden Amerika yang akan membayar ganti rugi kepada apa yang kami hilang dari perang, tidak akan menghidupkan mereka yang syahid atau menyembuhkan luka atau membina semula rumah," kata Samih Zouhdi, 53. Bagi Umm Mohammad, Obama tidak membawa sebarang harapan kepada anak-anaknya yang masih trauma. "Bush atau Obama tidak akan membuat kami lupa kepada ketakutan dan ketiadaan rumah seperti yang kami harungi ketika itu," katanya. Sekurang-kurangnya 1,300 penduduk Palestin, termasuk 410 kanak-kanak, terkorban dalam serangan udara, laut dan darat tentera Yahudi ke atas Gaza. - AFP/Agensi
..Selamat Tahun Baru Cina..
..Gong xi fax Chai..
2009
chinese new year 2 Pictures, Images and Photos

Sample text














 

Sample Text

fadzoners

Sample Text